Miss Octopus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miss Octopus
Genre
Ditulis olehAzlina Pa'Wan
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kenapa" oleh Daus
Lagu penutup"Kenapa" oleh Daus
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran37–38 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Jun 2012 – 10 September 2012

Miss Octopus ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Jamal Khan dibintangi oleh Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad dan Bella Dally. Ia menceritakan permusuhan di antara Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 24 Jun 2012 hingga 10 September 2012 menggantikan Mentor 6.[1][2] Dua episod terakhir drama ini disiarkan pada Isnin, 10 September 2012.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Oktober (Rozita Che Wan) dan Asmira (Nabila Dally) yang sering bersaing antara satu sama lain sejak berlakunya satu insiden. Oktober yang mempunyai sifat panas baran, merupakan seorang pensyarah dan masih belum berkahwin. Dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira yang merupakan salah seorang pelajar Oktober, telah pun bertunang dengan kekasihnya Senin (Talha Harith) semenjak sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun Asmira mempunyai kekasih yang amat menyayanginya namun segalanya berubah setelah dia bertemu dengan Hakim iaitu pelajar senior di fakultinya.

Lain pula ceritanya dengan Oktober, sikap panas barannya mula berubah setelah dia menghadiri sesi kaunseling bersama doktor psikiatri iaitu Dr. Iman (Riz Amin). Oktober mula menganggap Dr. Iman sebagai sabahat karibnya kerana dia akan menceritakan segala-galanya tanpa rasa gusar. Oktober juga kini banyak tersenyum jika dibandingkan dengan dahulu yang susah untuk melemparkan senyuman. Bukan itu sahaja malah dari segi penampilannya juga dengan tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti.

Namun begitu, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Oktopus oleh Asmira. Persengketaan di antara Oktober dan Asmira bertambah menjadi rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti mereka. Kehadiran Dr. Shah Reza (Fahrin Ahmad) di fakulti itu umpama tsunami yang melanda Acheh, kerana ketampanannya membuatkan pelajar-pelajar perempuan dilanda dengan perasaan angau terhadap Dr. Shah Reza. Ini termasuklah dengan Oktober yang mula tertarik dengan Dr. Shah Reza semenjak pertemuan pertama mereka.

Dalam sekelip mata Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr. Shah Reza. Kini barulah dia sedar erti sebenarnya cinta. Sikapnya mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan Dr. Shah Reza. Jika boleh Oktober mahu berkepit dengan Dr. Shah Reza 24 jam. Sehinggakan dia sanggup memasak hidangan semata-mata untuk diberikan kepada pujaan hatinya kerana susah untuk dapat keluar makan bersama-sama Dr. Shah Reza.

Dr. Shah Reza sedar akan keterujaan Oktober terhadap dirinya. Namun dia tidak berkenan dengan sikap Oktober dan itu membuatkan dia sering melarikan diri dari bertemu dengan Oktober. Sesungguhnya Dr. Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira. Oktober mula perasan akan kemersraan Dr. Shah Reza dengan Asmira. Marahnya terhadap Asmira semakin membuak-buak. Hakim pula mula menjauhkan diri dari Asmira sejak melihat keintiman gadis itu dengan Dr. Shah Reza.

Apabila Asmira dipelawa oleh Dr. Shah Reza untuk keluar makan malam bersamanya, tanpa berfikir panjang Asmira terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah dalam diam Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr. Shah Reza? Atau Asmira mempunyai agenda tersendiri menerima pelawaan Dr. Shah Reza itu? Apakah kemuncak persengketaan di antara Oktober dan Asmira?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (12 Julai 2012). "Drama bersiri Miss Octopus lakonan Rozita Che Wan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mac 2013.
  2. ^ "Dramakini: Miss Octopus". Dramakini. 11 September 2012. Dicapai pada 2 Mac 2013.
  3. ^ Miss Octopus (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  4. ^ "Rozita Che Wan panas baran dan gedik dalam Miss Octopus". Selebriti Online. 15 Julai 2012. Dicapai pada 2 Mac 2013.