Pergi ke kandungan

Benalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mistletoe)
Benalu Eropah (Viscum album) melekat pada pokok aspen yang dorman (Populus tremula)
Benalu pada pokok epal

Benalu atau bendalu ialah nama umum terkenal bagi tumbuhan parasit dalam order Santalales yang terdiri daripada keluarga Santalaceae, Loranthaceae, dan Misodendraceae. Spesies yang dahulunya termasuk dalam keluarga Santalaceae kini sering digolongkan ke dalam keluarga Viscaceae.

Menurut tradisi kebudayaan Barat, daun benalu dilihat tetap berwarna hijau ketika musim dingin sering digunakan sebagai hiasan untuk sambutan Hari Natal. Orang Eropah menggunakan spesies Viscum album, sedangkan spesies Phoradendron leucarpum digunakan di Amerika Utara. Rangkaian daun mistletoe digantung di depan pintu dan orang yang berdiri di bawah mistletoe boleh mencium orang yang disukainya.

Nama Inggeris mistletoe dahulunya hanya digunakan untuk spesies Viscum album atau dikenali sebagai benalu Eropah yang tergolong dalam keluarga Santalaceae dan satu-satunya spesies benalu asal United Kingdom dan daratan Eropah. Benalu juga digunakan untuk spesies Phoradendron leucarpum asli Amerika Utara dan tergolong kelaurga Santalaceae. Sebagai contoh evolusi konvergen, beberapa tumbuhan keluarga Loranthaceae yang memiliki karakteristik yang mirip juga disebut benalu.

Spesies Viscum album (benalu Eropah) memiliki lai daun berhadapan, berbentuk lonjong dengan tepi daun yang mulus, dahan berkayu dan memiliki buah yang berkelompok seperti buah beri berwarna krim. Sedangkan Phoradendron leucarpum (benalu Amerika) walaupun kelihatan agak mirip dengan spesies Viscum album, ia memiliki daun yang lebih pendek dan lebar, serta buah yang berkelompok dalam jumlah yang lebih banyak. Di Australia, terdapat 71 spesies yang termasuk keluarga Loranthaceae dan 14 spesies yang termasuk keluarga Santalaceae.

Sebahagian besar spesies tumbuh dan hidup subur di dahan-dahan berbagai jenis pepohon besar. Walaupun biasanya hanya melambatkan pertumbuhan pokok perumah, benalu yang tumbuh terlalu lebat boleh mematikan pokok perumah. Sebahagian benalu bersifat setengah parasit, daun tetap berwarna hijau sepanjang tahun, dapat melakukan fotosintesis sendiri, dan hanya bergantung pada pokok perumah untuk zat mineral dari dalam tanah. Genus Arceuthobium yang tergolong dalam keluarga Santalaceae adalah salah satu contoh benalu yang bersifat parasit penuh, kerana mengandalkan fotosintesis dan mineral daripada pokok perumah.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Asal-usul kata "mistletoe" belum diketahui dengan jelas, tetapi mungkin berasal daripada bahasa Jerman "Mist" yang bererti kotoran haiwan. Dalam bahasa Inggeris Kuno, "mistel" merupakan sebutan lain untuk tanaman basil.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Sejak dulu benalu hanya dianggap sebagai perosak pembunuh pohon, tapi sekarang diakui berperanan penting dalam menjaga keseimbangan ekosistem. Berbagai jenis binatang memakan buah, daun dan tunas benalu sambil menyebarkan benihnya yang melekit ke mana-mana. Daun benalu yang selalunya berwarna hijau sepanjang tahun sering dipakai sebagai sarang bagi berbagai jenis burung. Di Australia, terdapat lebih daripada 240 spesies burung yang bersarang di kerimbunan daun benalu, atau kira-kira 75 peratus daripada spesies burung yang ada.

Burung yang memakan buah benalu membantu penyebaran benih benalu. Benih tersebar bersama kumuh burung di ranting-ranting pohon. Selain itu, burung juga boleh menjepit buah benalu dengan paruhnya agar benih terlepas daripada isi buah. Burung lalu menyeka paruhnya pada ranting terdekat. Benih benalu berlapis getah yang melekit mampu menempel erat pada dahan pokok perumah.

Benalu popular di kalangan ahli pengubatan tradisional di Eropah. Di Jerman, tanaman ini digunakan untuk mengubati penyakit saluran pernafasan (bronkitis) dan barah.[1][2] Selain itu, benalu juga sedang diteliti untuk pengubatan tumor. Walaupun penggunaan benalu belum diizinkan di Amerika Syarikat, benalu sudah diterima baik di Eropah.[3][4]

Benalu disebut-sebut dalam mitologi Norse. Dewa bernama Baldur terbunuh dengan senjata yang diperbuat daripada benalu. Dalam mitologi Kelt dan ritual kepercayaan Druid, benalu digunakan sebagai penawar racun.

Pada tradisi orang Romania, benalu (disebut vâsc dalam bahasa Romania) dianggap sebagai sumber nasib baik. Di daerah pedalaman, tumbuhan ini masih digunakan sebagai ubat dan dianggap memiliki kekuatan sihir.

Rujukan budaya

[sunting | sunting sumber]

Benalu relevan dengan beberapa budaya. Ia dikaitkan dengan Krismas Barat sebagai hiasan, di mana pencinta dijangka bercumbu. Sebab bagi perkara ini adalah kurang jelas. Sudah jelas bahawa benalu telah memainkan peranan yang penting dalam mitologi Druid. Paling menarik ialah upacara daripada oak dan benalu.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]