Misylah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Misylah
Bisyt, Aba
Syeikh Chassib, putera Syeikh Khazʿal bin Jaber, Putera Mahkota Emiriah Mohammerah, memakai misylah bercorak bersama-sama pakaian, gambar pada 1923.
Jenispakaian orang Arab
Bahanbulu unta dan bulu biri, dan benang emas tulen untuk yang kaya
Tempat asalSemenanjung Arab
Diperkenalkan oleh2300 SM

Misylah (Arab: مِشْلَح), atau nama lain bisyt (Arab: بِشْت) atau ʿabāʾ (Arab: عَبَاء), ialah sebuah pakaian tradisional lelaki Arab, dan telah dipakai secara meluas selama ribuan tahun.[1][2]

Misylah ialah mantel luaran yang beralun yang dipakai bersama-sama jubah thawb.

Lambang adat resam Arab[sunting | sunting sumber]

Misylah kebiasaannya dipakai untuk prestij dalam majlis istimewa seperti perkahwinan, untuk perayaan seperti hari raya, atau untuk solat seperti solat Jumaat dan solat Jenazah. Ia juga biasa dipakai di dalam mahupun luar dari kegiatan keagamaan[1], termauklah ketua kabilah, raja-raja, dan imam, bersama-sama jubah atau kanzu. Ia seperti pakaian rasmi, dipakai oleh kerabat raja, penjawat agama, orang kaya dan di majlis keramaian seperti perkahwinan, sebagaimana tuksedo tali leher hitam[3] di Barat.[1][4]

Warna[sunting | sunting sumber]

Ia biasanya berwarna hitam, perang, kuning air, krim atau kelabu.[1]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Misylah dibuat daripada bulu unta dan biri yang dipintal dan ditenun menjadi pakaian. Sesetengah misylah mempunyai rapian, dikenali sebagai "zari", diperbuat daripada sutera dan logam seperti emas dan perak.[5]

The fabric has a soft yarn for the summer and the coarse-haired for winter.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Dalam pengumuman keputusan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani memakaikan misylah kepada kapten pasukan Argentina, Lionel Messi sebelum pemain itu menerima trofi perlawanan[6].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Al-Mukhtar, Rima (7 November 2012). "Traditional & modern: The Saudi man's bisht". Arab News (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ * Urbanarabian. "B – Sweater – Over Sized Sweater". Urbanarabian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-11. Dicapai pada 2016-05-23.
  3. ^ "Kate dusts off her Alexander McQueen tuxedo for stunning appearance". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-13. Dicapai pada 2020-10-15.
  4. ^ "A symbol of Arab identity". Gulf News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-15.
  5. ^ Mahdavi, Pardis. "Lionel Messi's black cloak: a brief history of the bisht, given to the superstar after his World Cup triumph". The Conversation. Dicapai pada 2022-12-28.
  6. ^ "RM4.42 juta untuk jubah Piala Dunia Messi". BH. 24 Disember 2022. Dicapai pada 31 Mac 2023.