Mitologi Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mitos Jepun)
Lompat ke: pandu arah, cari

Mitologi Jepun (Bahasa Jepun: 日本神話; Nihon-shinwa) ialah sistem kepercayaan yang menggabungkan tradisi Agama Buddha dan Shinto serta agama rakyat Jepun yang lain. Panteon Shinto sendiri terdiri daripada sejumlah kami (Jepun untuk "dewa" atau "roh") yang tidak terhitung. Artikel ini hanya akan membahas unsur-unsur khas Oriental yang hadir dalam mitologi seperti asal usul alam semesta, dewa penting dan yang paling terkenal cerita Jepun.

Mitologi Jepun pada hari ini adalah berdasarkan manuskrip lama seperti Koijiki, Nihon Shoki dan lain-lain buku tambahan. Koijiki yang bermaksud "Rekod Perkara Purba" ialah manuskrip tertua yang berkisar tentang mitologi dan legenda Jepun yang pernah diketahui. Manakala Shintoshu pula menerangkan asal-usul dewa-dewi Jepun dari prespektif agama Buddha, sementara Hotsuma Tsutae pula merekodkan mitologi yang berlainan.

Salah satu perkara menarik dalam mitologi Jepun ialah kisah asal-usul Keluarga Diraja Jepun, yang meletakkan mereka ke tahap kedewaan. Perkataan Maharaja Jepun dalam bahasa Jepun ialah tennō (天皇), yang bermaksud "maharaja (dari) langit". Mitologi Jepun juga menerangkan bagaimana terbentuknya 8 pulau Jepun yang dikenali Oyshima.