Mizal Zaini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"AC Mizal" dilencongkan di sini. Jangan dikelirukan dengan AC Milan.
Dato'
AC Mizal
Kelahiran Mizal bin Zaini
(1971-12-21) 21 Disember 1971 (umur 45)
Johor Bharu, Johor, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pelawak
Tahun aktif 1991 - kini
Pasangan Shafnie Zainuddin (1995 - 2001; bercerai)
Datin Emylia Rosnaida (2004 - kini)
Anak Muhammad Shafiq Iman
Muhammad Shabil Iman
Muhammad Reeve Damien
Fea Eryssa
Ibu bapa Datuk Zaini Md. Hasim (bapa)
Datin Madzinah Mansor (ibu)
Saudara Rokiah Ibrahim (ibu mertua)
Abdul Hamid Md. Ally (bapa mertua)

Dato' Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan bekas penyampai radio Era FM di Malaysia. Beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang pada penghujung tahun 2009.[1]

Bekas pengacara Akademi Fantasia itu mengakui telah menerima surat penganugerahan tersebut pada awal Ramadan lalu dan bakal menerima secara rasmi gelaran berkenaan mengikut adat istiadat istana pada akhir tahun ini.

Biografi

AC Mizal dilahirkan di Johor Bharu, Johor pada 21 Disember 1971. [2] Beliau berkahwin dengan Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995. Hasil perkongsian hidup tersebut, AC Mizal telah dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman. Mizal dan Shafnie bercerai pada 17 Oktober 2001[3]

Hasil perkahwinannya bersama Emylia Rosnaida, dia memiliki 2 orang anak Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.[4]

Mizal mula membabitkan diri dalam dunia seni pada tahun 1991 dengan menganggotai kumpulan rap 4U2C. Setelah kumpulan itu berpecah, AC lebih menumpukan kariernya terhadap bidang pengacaraan sebelum terbabit dalam bidang lakonan. Dengan kejayaan filem Gerak Khas The Movie, pembabitan AC dalam bidang lakonan semakin meningkat.

Dalam bidang pengacaraan mutakhir ini, beliau dilihat semakin popular sejak menjadi hos bagi rancangan Akademi Fantasia,[3]RM 1,000,000 Money Drop dan AC Di Sini di Astro Ria.

AC Mizal kini terlibat dalam bidang perniagaan menjual gelang magnet melalui syarikat AC Konsortium Sdn Bhd.[5][6] Terdapat kontroversi mengenai penjualan gelang ini, namun telah dijawab beliau melalui temubual Harian Metro.[5]

Filemografi

Filem

  1. Bara (1999)
  2. Pasrah (2000)
  3. Gerak Khas The Movie (2001)
  4. Gerak Khas The Movie II (2002)
  5. Makar (2004)
  6. Buli (2004)
  7. Buli Balik (2006)
  8. Baik Punya Cilok (2005)
  9. Cicak-Man (2006)
  10. Zombie Kampung Pisang (2007)
  11. Cicak-Man 2 (2008)
  12. My Spy (2009)
  13. Abang Long Fadil 2 (TBA)

Drama

  1. Gerak Khas

Televisyen

Teater

  • Baik Punya Cilok (2016)

Diskografi

  1. Album Tassamaqu (2004)
  2. Apo Kono Eh Jang - bersama Rafidah Ibrahim (2012)
  3. Al-Haq.....Yang Satu - bersama Mawi (2013)
  4. Paranoid - bersama Luna Maya (2014)

Anugerah dan pencalonan

  1. Penyanyi Berkumpulan Popular (4U2C) - 1993
  2. Pelakon TV Lelaki Popular (Drama Gerak Khas) - 2000 & 2001
  3. Pengacara TV Lelaki Popular - 2013
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Dicalonkan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Hos MeleTOP Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2013) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2015 Pengacara Lawak Paling Popular Dato AC Mizal Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Dato AC Mizal "(Super Spontan All Stars)" Menang

Rujukan

  1. ^ AC Mizal Sahkan Terima Gelaran Dato', MyStar.
  2. ^ Mizal Zaini
  3. ^ a b Utusan Malaysia Online, [1], 5 Oktober 2010, diakses 11 November 2010.
  4. ^ (Gambar) Anak kedua Ac-Mizal dan Emylia Rosnaida.
  5. ^ a b AC jawab dakwaan myMetro
  6. ^ Tuah gelang AC KOSMO! Online

Pautan luar