Modem 56k

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Modem 56k ialah modem jalur suara yang berupaya mencapai kelajuan muat turun sebanyak sekitar 56 kbit/s (7 KBait/s) apabila disambungkan kepada perkhidmatan yang mempunyai ISDN atau hubungan digital yang lain kepada rangkaian telefon. Kelajuan muat naik biasanya terhad kepada 33.6 kbit/s, walaupun piawai V92 yang kemudian meningkatkan kelajuan tersebut kepada 48 kbit/s. Diakibatkan oleh reka bentuk rangkaian-rangkaian telekomunikasi awam, modem dail yang lebih laju mungkin tidak akan muncul. Modem 56K hanya boleh berjalan pada 56K apabila cuma terdapat penukaran analog dan digital yang tunggal dalam laluan antara modem dengan kelengkapan digital di tempat pembekal. Apabila ini bukan kesnya atau apabila dua buah modem 56k dipergunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kelajuan umumnya akan jatuh kepada V32bis 33.6 kbit/s .

Penghantaran 56 kbit/s mempergunakan fakta bahawa kebanyakan ibu sawat telefon dihubungkan antara satu sama lain dengan talian-talian digital. Oleh itu, ia boleh menggunakan teknik penghantaran melalui talian pasangan terpilin yang mengelakkan penukaran digital-ke-analog yang biasa.

Adalah penting untuk menyedari bahawa semua kelajuan itu merupakan kelajuan maksimum teori bagi teknologi tersebut. Kenyataan keadaan-keadaan talian bermakna bahawa kelajuan hidup nyata biasanya mencapai kelajuan antara 40 - 50 kbit/s. Walaupun kaedah komunikasi lebar jalur yang lebih tinggi seperti DSL dan modem kabel kini boleh didapati oleh para pengguna, modem dail masih merupakan modem yang paling biasa. Hubungan-hubungan kelajuan lebih tinggi yang murah seringnya tidak boleh didapati di kawasan-kawasan luar bandar dan apabila disediakan, seringnya adalah murah hanya untuk pengguna banyak.

Menjelang akhir tahun 1997, terdapat dua buah sistem modem 56k yang bersaingan, iaitu:

Pada bulan Februari 1998, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mendraf piawai 56 kbit/s yang dikenali sebagai V.90. Ia direka bentuk dengan teliti untuk membenarkan kedua-dua jenis modem supaya dapat menukarkan kepadanya melalui peningkatan peralatan tegar. Ini diluluskan secara rasmi pada bulan September 1998. ITU kemudian memperkenalkan V92 dengan melakukan sebilangan perbaikan yang kecil tetapi V92 tersebut tidak pernah diterima secara umum. Templat:Lebih

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]