Mohamad Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Mohamad Aziz

PSM, PJN; SMJ (Johor); KMN, AMN; PIS (II), BSI (II) (Johor); PPN
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Johor
Dalam jawatan
2013–2018
TimbalanBaderi Dasuki
Didahului olehMohamed Ali Hassan
Digantikan olehSuhaizan Kayat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P149 Sri Gading, Johor
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului olehHamzah Ramli
Digantikan olehAbd Aziz Kaprawi
Majoriti10,874 (PRU-12)
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Parit Yaani[1]
Dalam jawatan
1986–1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehHamzah Ramli
Butiran peribadi
Lahir(1940-07-29)29 Julai 1940
Batu Pahat, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia24 Disember 2020(2020-12-24) (umur 80)
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Johor Bahru, Johor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganPuan Sri Hajah Radin Faridah Radin Ahmad
Datin Hajah Azizah Zakaria
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (29 Julai 1940 – 24 Disember 2020) merupakan seorang ahli politik dari negeri Johor, Malaysia. Beliau berbangsa Melayu dan mantan Speaker Dewan Negeri Johor. Beliau mewakili dari Barisan Nasional-UMNO. Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Kebangsaan bagi sesi 2008-2011 serta Ketua UMNO Bahagian Sri Gading..

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perniagaan dan kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Radin Faridah dan Puan Sri Azizah Zakaria. Azizah merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kerusi Parit Raja, Batu Pahat, Johor dari tahun 2013 hingga 2018. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan Pengerusi syarikat Tenaga Switchgear Sendirian Berhad, yang merupakan syarikat subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Politik[sunting | sunting sumber]

Pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Sri Gading selama 3 penggal. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ali Markom dengan majoriti sebanyak 10,874 undi. Beliau memperolehi 19,641 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 8,767 undi. Sebelum itu beliau merupakan Ahli Parlimen Sri Gading bagi penggal 1999 hingga 2004 dan penggal 2004 hingga 2008.

Sebelum berpindah ke Parlimen beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor selama 3 penggal dari tahun 1986 hingga 1999. Beliau mewakili Dewan Undangan Negeri Parit Yaani dengan menang tanpa bertanding pada 1986. Dalam tahun 1990 beliau telah dilantik sebagai EXCO Kerajaan negeri Johor dengan memegang fotfolio sebagai Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri Johor. Pada 2004 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Johor ( tugas tugas khas ) selama sepenggal.

Semasa perhimpunan agung UMNO ke-59 yang dijalankan pada 24 hingga 28 Mac 2009, beliau menjadi calon Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011 dan menang tanpa bertanding.[2]

Sebelum bergelar wakil rakyat sebagai ADUN dan Juga Ahli Parlimen beliau berkhidmat sebagai Pegawai Seranta di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah pada tahun 1982 hingga 1986. Sebelum itu beliau merupakan Wakil Peribadi Kepada YAB Perdana Menteri ke 3 iaitu Tun Hussien Onn yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading sejak 1974 hingga 1982.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Desak Ong dan Tsu Koon undur[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Oktober 2009, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.Beliau juga turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.[3] Kenyataannya mendapat reaksi negatif daripada lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong mengadakan protes di Menara PGRM bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan. Mereka juga menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.[4] Protes ini tidak diendahkan oleh beliau dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya dan juga tidak akan memohon maaf kerana beliau percaya bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen.[5] Di dalam tindakbalas terhadap kenyataan Datuk Mohamad, Tsu Koon berkata bahawa beliau tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz walaupun mengakui bahawa tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama.[6]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Mohamad telah meninggal dunia pada usia 80 tahun di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada jam 9.50 malam, 24 Disember 2020.[7] Jenazahnya telah selamat disemadikan pada jam 10 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Johor Bahru.[8]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P149 Sri Gading, Johor
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
1999 Mohamad Aziz (UMNO) 29,156 70% Khalid Samad (PAS) 11,598 28%
2004 Mohamad Aziz (UMNO) 21,512 80% Ahmad Faidhi Saidi (PKR) 5,316 20%
2008 Mohamad Aziz (UMNO) 19,641 67% Ali Markom (PKR) 8,767 30%

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai keputusan PRU
  2. ^ "Barisan Majlis Tertinggi UMNO Sesi 2008/2011", Utusan Online, 29 Mac 2009.
  3. ^ "Wakil BN desak Ong, Koh undur", Malaysiakini.com, 29 Oktober 2009.
  4. ^ "Pemuda, Wanita Gerakan protes kenyataan Mohamad Aziz", Utusan Online, 31 Oktober 2009.
  5. ^ "'Saya tidak akan minta maaf' - Mohamad", Utusan Online, 31 Oktober 2009.
  6. ^ "Tsu Koon tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz", utusan Online, 31 Oktober 2009.
  7. ^ Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia
  8. ^ "Jenazah bekas Ahli Parlimen Sri Gading selamat dikebumi". Berita Harian. 25 Disember 2020. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  9. ^ "IGP leads King's honours list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 7 Jun 2014. Dicapai pada 14 Mac 2021.