Mohamad Hidhir Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (?? - 20 Januari 2011) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau (N27), Melaka merangkap pengerusi exco Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan Negeri Melaka. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Merlimau.

Latarbelakang keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Datin Noor Azian Mohd Ali dan mempunyai empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

Sakit jantung[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2011, beliau ditempatkan di ICU, Hospital Putra di Melaka bagi rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada jam 1 petang.[1] Sebelum itu beliau pernah pergi ke Taiwan pada 10 Januari. Beliau menjalani pembedahan membersihkan saluran darah arteri yang tersumbat pada 13 Jan 2011. Pada 20 Januari 2011, beliau meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka.[2]


Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi. Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827. [3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Blog Rasmi ADUN N27

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "" Malaysiakini.com. 11 Januari 2011.
  2. ^ "Adun Merlimau meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-18. Dicapai pada 2012-02-05.
  3. ^ ""Pemuda BN Jasin Siap Sedia Pertahan Merlimau", Umno Online. 26 Januari 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-01. Dicapai pada 2011-04-15.