Mohamad Kholid Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamad Kholid Hamzah (lahir di Tanjung Karang, Selangor) adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan, Tanjung Karang dan Sekolah Menengah (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Beliau memperolehi Diploma Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi (Kaunseling) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menulis cerpen dan puisi yang tersiar di akhbar, majalah di samping yang termuat dalam antologi. Juga menghasilkan novel kanak-kanak bersiri iaitu Siri Penyiasat Ekstrovert yang diterbitkan PTS One Sdn Bhd. Novel dewasa beliau selain Kabus di Perbukitan adalah Desir Angin di Pergunungan (DBP, 2008), Rahang Maut (PTS Millennia Sdn Bhd, 2009) dan Mengejar Pelangi Pagi (DBP, 2010).

Antara karya yang tersiar :

Cerpen : • Puru (Tunas Cipta, Januari 2002) • Rahmat (Tunas Cipta, Mei 2002) • E-mail Dari Israel ( Berita Minggu, 30 hb Jun 2002) • Ramadan Datang lagi (Mingguan Malaysia, 3 hb November 2002) • Kalaulah Aku Tahu ( Tunas Cipta, November 2002) • Kemerdekaan Dari Sebatang Lorong (Mingguan Malaysia, 4 hb Mei 2003) • Lif (Mingguan Malaysia, 19 hb Oktober 2003) • Degup Jantung Dari Wad Pink (Utusan Melayu Mingguan, 6 hb Disember 2003) • Rahmat! Oh, Rahmat (Utusan Melayu Mingguan, 5 hb Mac 2004) • Zaman Yang Hilang (Utusan Melayu Mingguan, 2004) • Syahid (Tunas Cipta, Ogos 2004) • Rindu Tanah Leluhur (Utusan Melayu Mingguan, 5 hb Disember 2004) • Seindah Lukisan Di Kanvas (Mingguan Malaysia, 13 hb November 2005) • Strawberi dari Pergunungan (Berita Minggu, 22 hb Oktober 2010) • Rumah Syurga di Hujung Jalan (BH Ahad, 20 hb Julai 2014) • Rumah di Tepi Rel (BH Ahad, 26 hb Oktober 2014) • Pisang (BH Ahad, 14 hb September 2015)

Puisi : • Seorang Anak Kecil dan Anjing Malam (Sarina, Januari 2003) • Derita (Mingguan Malaysia, 30 hb Mac 2006) • Langkah Berundur (Mingguan Malaysia, 16 hb April 2006) • Titipan Doa (Berita Minggu, 1 hb April 2007)

Antologi Bersama : • Antologi Puisi - Pasir Salak Bumi Pahlawan Melayu (Yayasan Perak, 1993) • Antologi Cerpen - Kepezi 2 (Haqaf Enterprise, 2003) • Antologi Puisi – Manuskrip Luka Bangsa (PENA, 2006) • Antologi Cerpen – Pinjamkan Dia Sebentar (DBP, 2017) • Antologi Cerpen – Di Antara Pusam dengan Pournami (ITBM, 2017)

Novel Kanak-kanak : • Penyiasat Ekstrovert – Terowong Rahsia (PTS One Sdn Bhd, 2006) • Penyiasat Ekstrovert – Sesat di Bukit Fraser (PTS One Sdn Bhd, 2006) • Penyiasat Ekstrovert – Serangan Amfish (PTS One Sdn Bhd, 2006) • Penyiasat Ekstrovert – Lolongan Misteri (PTS One Sdn Bhd, 2006) • Penyiasat Ekstrovert – Pedang Yamasita (PTS One Sdn Bhd, 2006) • Penyiasat Ekstrovert – Misteri Villa Penn (PTS One Sdn Bhd, 2007) • Penyiasat Ekstrovert – Kucing Utusan (PTS One Sdn Bhd, 2007) • Penyiasat Ekstrovert – UFO (PTS One Sdn Bhd, 2007) • Penyiasat Ekstrovert – Nota Dari Laut (PTS One Sdn Bhd, 2008) • Penyiasat Ekstrovert – Merpati Pelumba Marathon (PTS One Sdn Bhd, 2009) • Sayang Sofiah (Pekan Ilmu Sdn Bhd, 2012)

Novel Remaja : • Awan Menggulung Banjaran (ITBM, 2017)

Novel  : • Kabus di Perbukitan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007) • Desir Angin di Pergunungan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008) • Rahang Maut (PTS Millennia Sdn Bhd, 2009) • Mengejar Pelangi Pagi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010) • Gelora Musim Rusuh (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016) • Pohon Hayat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016) • Asik (Mohamad Kholid Hamzah, 2016) • Asik Nar (Mohamad Kholid Hamzah, 2017)

Kumpulan Cerpen • Lembak (ITBM, 2015)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Cerpen beliau, Anugerah memenangi saguhati Hadiah Sastera Berunsur Islam IX, 2005. Manakala novel ini, Kabus di Perbukitan memenangi saguhati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, 2006. Novel kanak-kanak beliau, Pengembaraan Si Belimbing memenangi hadiah utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Katogeri Kanak-kanak Karyanet-DBP, 2006.

Senarai Hadiah : • Cerpen Anugerah – memenangi Saguhati Hadiah Sastera Berunsur Islam XI , 2005 • Novel Kabus di Perbukitan – memenangi Saguhati Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas DBP, 2007 • Cerita Bersiri – Pengembaraan Si Belimbing – memenangi Hadiah Pertama Katogeri Kanak-kanak, Pertandingan Menulis Cerita Bersiri Kanak-kanak /Remaja Karyanet 2006 • Novel Remaja Si Autistik dari Mayapa – memenangi Hadiah Kedua Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja Sains Angkasa 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]


https://m.facebook.com/profile.php?id=1255485681&refid=46&ref=content_filter#!/story.php?story_fbid=10210003144255930&id=1255485681&refid=17&ref=content_filter&_ft_=top_level_post_id.10210003144255930%3Atl_objid.10210003144255930%3Athrowback_story_fbid.10210003144255930%3Athid.1255485681%3A306061129499414%3A2%3A0%3A1514793599%3A1205915998181189125&__tn__=%2As%2As-R