M. Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohamad Nasir bin Mohamad)
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk
M. Nasir
M Nasir.jpg
Datuk M. Nasir semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu Ke-23
Kelahiran Mohamad Nasir bin Mohamad
(1957-07-04) 4 Julai 1957 (umur 60)
Singapura
Kediaman Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Warganegara Singapura
Nama lain Mohamed M.N.,[1] Sifu M. Nasir
Pekerjaan Penyanyi, penggubah lagu, pelakon, pelukis, penerbit album, pengarah
Tahun aktif 1979–kini
Pasangan
Anak
  • Mohd Ilham
  • Mohd Yasin
  • Mohd Hidayat
  • Mohd Shafie
  • Nurnilam Sari
  • Suci Musalmah
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen Vokal
Label Luncai Emas
Kegiatan berkait

Datuk Mohamad Nasir bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Datuk M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

M. Nasir dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura (ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu dan merupakan anak ketiga daripada 7 beradik. Beliau mengambil pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura,[3] pada asalnya mahu menjadi seorang pelukis. Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura ketika itu bernama Wan Ibrahim telah menjemput beliau untuk menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang meningkat popular pada masa itu.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

M. Nasir telah didedahkan secara mendalam kepada bidang muzik tidak hanya mendengar radio; tetapi juga abang sulungnya yang membawanya rakaman dari artis antarabangsa seperti Bob Dylan, Queen, Al Stewart dan Led Zeppelin semasa membesar di Singapura pada 1950an dan 1960an.[4] Beliau telah memilih untuk menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan album pertamanya Untuk Pencinta Seni di bawah nama Mohamad MN pada tahun 1981, namun album tersebut gagal di pasaran.

Kembara[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kumpulan Kembara

Beliau membentuk kumpulan folk rock Kembara dengan empat orang anggota lain iaitu A. Ali, S. Sahlan, dan adik-beradik Abby dan Eddie Ali. Adik-beradik Ali bagaimanapun meninggalkan Kembara pada awal penubuhannya itu disebabkan oleh perbezaan pendapat mereka memilih genre yang bakal diketengahkan oleh kugiran tersebut. Kembara mengeluarkan album sulung mereka yang menjadi suatu kejayaan komersial dengan sebanyak 25,000 naskhah yang terjual. Mereka turut mengeluarkan enam album yang mencapai kejayaan yang sama sehingga pembubaran mereka pada akhir tahun 1985.[3]

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Selepas pembubaran Kembara, M. Nasir memulakan kerjaya solo, menandatangani kontrak dengan PMC/BMG dan menerbitkan album S.O.L.O yang dikeluarkan pada 13 November 1989, ia menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama M. Nasir. Lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, dengan salah satunya menampilkan duet bersama Rahim Maarof, iaitu "Falsafah Cinta".

Pada 5 Januari 1990, beliau menubuhkan label rakamannya sendiri Luncai Emas yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor. Beliau seterusnya melancarkan album solo ketiganya, Saudagar Mimpi (1992) di mana beliau menulis kesemua lirik untuk 11 lagu di dalam album ini, dengan 3 lagu dikarang oleh beliau sendiri. Antara lagu popular album ini ialah "Apokalips" yang merupakan single pertama.

Album studio keempat beliau, Canggung Mendonan memperlihatkan M. Nasir mengetengahkan pelbagai genre termasuk muzik dunia. "Mentera Semerah Padi", "Tanya Sama Itu Hud Hud", "Sentuhan Listrikmu" dan "Bonda" dikeluarkan sebagai single. Canggung Mendonan memenangi Album Tradisional Terbaik dan "Mentera Semerah Padi" memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik kedua pada 1995.

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Karya dan cabang lain[sunting | sunting sumber]

M. Nasir merupakan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1990 dan juga Pengetua Akademi Fantasia Musim 3. Malah adik lelaki M. Nasir iaitu Dzul juga aktif dalam bidang seni di Singapura. Selaku penggubah, beliau merupakan karyawan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung di Malaysia seperti Rahim Maarof, Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.

Beliau juga terlibat dalam bidang seni lukisan, terutamanya seni abstrak. Beliau telah mengadakan beberapa pameran melalui karya kanvasnya; yang pertamanya ialah Tanda pada 2014 dan Tanda II pada 2015, kedua-duanya diadakan di Shah Alam.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nasir berpindah bersama keluarganya ke Malaysia pada tahun 1984, di mana beliau mendapat kerakyatannya secara naturalisasi pada tahun 1989.[3]

Beliau berkahwin dengan vokalis kumpulan Ideal Sisters, Junainah Johari pada 1984 dan dikurniakan lima anak, empat anak lelaki – Ilham, Yassin, Hidayat dan Shafie serta seorang anak perempuan – Nurnilam Sari. Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat asma,[6] meninggalkan Ilham, Yassin, Ilham, Shafie dan Nurnilam Sari di bawah jagaan M. Nasir. Beliau berkahwin kaIi kedua dengan pelakon dan penulis skrip Marlia Musa pada 2000 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Musalmah.[6][7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi M. Nasir

Album bersama Kembara[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Kembara Seniman Jalanan - (1986) - (sebagai Bujang/Jebat)
  2. Fenomena - (1990) - (sebagai Azlan)
  3. Selubung - (1992) (sebagai Kamal)
  4. Balada - (1993) - (sebagai Desa)
  5. Simfoni Duniaku - (1994) - (sebagai Iskandar)
  6. Merah - (1997) - (bertindak sebagai pengarah & pelakon - sebagai Hassan)
  7. Perempuan Melayu Terakhir - (1999) - (Cameo) - (sebagai M. Nasir)
  8. Putih - (2001) - (suara Putera Aftus)
  9. Puteri Gunung Ledang - (2004) - (sebagai Hang Tuah)[8][9]
  10. Magika - (2010) - (sebagai Penunggu Tasik Chini)
  11. Tombiruo: Penunggu Rimba - (2017)

Drama TV[sunting | sunting sumber]

  1. Hello - (1993) - Heroin: Tiara Jacquelina & Umie Aida
  2. Salam Taj Mahal - (2000) - Heroin: Umie Aida

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
1995 (AIM2) Video Muzik Terbaik Mentera Semerah Padi Canggung Mendonan Dicalonkan Casey - Seribu Impian
Album Tradisional Terbaik Menang
Lagu Terbaik Bonda Dicalonkan M. Nasir - Mentera Semerah Padi
Tanya Sama Itu Hud-Hud Dicalonkan
Mentera Semerah Padi Menang
Album Terbaik Dicalonkan Zainal Abidin - Gamal
1997 (AIM4) Lagu Terbaik Ghazal Untuk Rabiah (bersama Jamal Abdillah) Dicalonkan Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan
1999 (AIM6) Lagu Terbaik Kias Fansuri Dicalonkan Ajai & Nurul - Aku Cinta Aku Rindu
2000 (AIM7) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Srikandi Cintaku Menang
Album Pop Terbaik Dicalonkan Sheila Majid - Ku Mohon
2002 (AIM9) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Phoenix Bangkit Menang
Kulit Album Terbaik Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan Too Phat - Plan B
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Phoenix Bangkit Dari Abu Dicalonkan Innuendo - Only Dancin'
Album Pop Terbaik Dicalonkan Saleem Ratu Sanubari
Lagu Terbaik Masirah Dicalonkan Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta
Raikan Cinta Dicalonkan
Album Terbaik Menang
Anugerah Wirama Menang
2007 (AIM14) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Sang Pencinta Dicalonkan Reshmonu - Superfine
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan Kristal - Analogi
Album Pop Rock Terbaik Menang
Lagu Terbaik Juwita (Cintra Terindah) Menang
Sang Pencinta Dicalonkan M. Nasir - Juwita (Cintra Terindah)
Tujuh Nafas Lagi Dicalonkan
Album Terbaik Dicalonkan Siti Nurhaliza - Transkripsi
2009 (AIM16) Lagu Hip Hop Terbaik Mantera Beradu (bersama Malique) Menang
Lagu Terbaik Dicalonkan Misha Omar - Nafas Cahaya
Anugerah Juara Lagu

Lagu yang ditebalkan ialah juara keseluruhan

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1990 Terbuka "Mustika" Dicalonkan M. Nasir M. Nasir
"Sentuhan Kecundang" Dicalonkan M. Nasir kumpulan Ekamatra
"Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" Dicalonkan S. Amin Shahab kumpulan Mega
"Sejati" Menang M. Nasir Kumpulan Wings, Malaysia
1991 Terbuka "Memburu Rindu" Dicalonkan Bob Lokman Hattan
"Tiara" Menang M. Nasir kumpulan Kris
1992 Balada "Kekasih Awal dan Akhir" Dicalonkan S. Amin Shahab Jamal Abdillah
"Syakila" Dicalonkan M. Nasir Razzi Rahman
penyanyi asal Rahim Maarof
Pop Rock "Mahligai Syahdu" Dicalonkan M. Nasir Hattan
1993 Balada "Sampai Hati" Dicalonkan M. Nasir kumpulan Spring
Pop Rock "Ratnaku" Dicalonkan M. Nasir Roy
Etnik Kreatif "Inang Bujang dan Dara" Dicalonkan M. Nasir kumpulan Ilussi
1994 Pop Rock "Tanya Sama Itu Hud Hud" Menang M. Nasir M. Nasir
Etnik Kreatif "Bonda" Menang Nurbisa (Rosli Khamis) M. Nasir
1995 Pop Rock "Di Bayang Awan" Dicalonkan Keon Awie
1997 Balada "Seroja" Dicalonkan S. Amin Shahab kumpulan Search
"Senja Nan Merah" Dicalonkan Seth (Rosli Khamis) Awie & Ziana Zain
Pop Rock "Itik Gembo Gembo" Menang Muzik oleh Helen Yap
Lirik oleh Darwish (M. Nasir) & Azlan Aziz
kumpulan A to Z
"Apaku Rasa" Dicalonkan Muzik oleh Fauzi Marzuki
Lirik oleh Darwish (M. Nasir)
Shima
Etnik Kreatif "Ghazal Untuk Rabiah" Menang Muzik oleh Jamal Abdillah & M. Nasir
Lirik oleh Cenderawasih (S. Amin Shahab)
Jamal Abdillah & M. Nasir
1999 Pop Rock "Andalusia" Menang Loloq (Rosli Khamis) M. Nasir
2001 Etnik Kreatif "Raikan Cinta" Dicalonkan M. Nasir M. Nasir
2005 Etnik Kreatif "Aduh Saliha" Menang Loloq (Rosli Khamis) Mawi
2006 Pop Rock "Lagu Jiwa Lagu Cinta" Dicalonkan Loloq (Rosli Khamis) Mawi & M. Nasir
"Juwita Citra Terindah" Menang M. Nasir M. Nasir
2007 Pop Rock "Angan dan Sedar" Dicalonkan Loloq (Rosli Khamis) Mawi
2011 Terbuka "Awan Nano" Menang Budi Hekayat Hafiz Suip

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adly Syairi Ramly; Sheryl Stothard (November 2001). PHOENIX BANGKIT: BACK TO ROOTS?. TONE. m/s. 46–49 – melalui Prahara Seni. 
  2. ^ Begum, Mumtaj (18 November 2011). "Mahawangsa triumphs". The Star. Diarkibkan daripada original pada 19 November 2011. Dicapai pada 8 May 2012. 
  3. ^ a b c d "M. Nasir: Traditional music meets Western sounds". The Straits Times. 4 Jun 2015. Dicapai pada 2017-02-01. 
  4. ^ Ali Johan (20 February 2016). "Wavelength: The Journeyman". BFM 89.9. BFM 89.9. Peristiwa berlaku di 21:18. Dicapai pada 8 March 2017. 
  5. ^ Goh, Daryl (29 April 2015). "M. Nasir: He sings, he writes, now he's making art". The Star. Dicapai pada 22 March 2017. 
  6. ^ a b Muzlina Abu Bakar (8 Februari 2010). "Sebak terkenang arwah Nanaa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-05. 
  7. ^ Ku Seman Ku Hussein (13 Ogos 1998). "Apabila irama terhenti seketika". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-05. 
  8. ^ Metra Syahril Mohamed (15 Mac 2010). Bayangan kolaborasi M. Nasir Utusan Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2016.
  9. ^ Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza Budiey, Sensasi Selebriti. 17 Disember 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]