Mohamad Sheriff Bin Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Mohamad Sheriff Bin Osman
203 1b.jpg

Menteri Besar Kedah pertama
Tempoh jawatan
1948 – 1954
Didahului oleh tiada
Diganti oleh Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya

Lahir (1890-08-05)5 Ogos 1890
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia 27 September 1962(1962-09-27) (umur 72)
Alor Setar, Kedah
Pasangan Eddie Noraini Binti Musa Bolkiah
Anak Ali Osman Ibrahim Baharuddin (Abang )

Ali Fahd Haron Kamaruddin (Adik) Ali Mahmud Samsuddin (Adik) Rosmah Bufdriah (Kakak)

Agama Islam


Haji Mohamad Sheriff bin Osman (5 Ogos 1890 - 27 September 1962) ialah Menteri Besar Kedah yang pertama.

Dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Star, Sheriff mendapat pendidikannya sehingga darjah 7 di Penang Free School, sebuah sekolah bahasa Inggeris. Pada awal pembabitan beliau dalam pentadbiran, Sheriff pernah dilantik memegang jawatan-jawatan utama dalam Kerajaan Negeri Kedah, antaranya:

  • 1907: Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris Alor Setar
  • 1901: Penolong Setiausaha Majlis Negeri Kedah
  • 1912: Kepala Pekerjaan Tanah
  • 1915: Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri
  • 1931-1948: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Sheriff dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama pada tahun 1948 hingga tahun 1954.

Memandangkan bahawa kelahiran Sheriff adalah daripada golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan-golongan Tunku, Syed, Wan, dan sebagainya, pencapaian Sheriff adalah amat cermelang. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan jasa baktinya sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah, antaranya:

Haji Mohamad Sheriff kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di Perkuburan Akar Peluru Alor Setar atau Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ghufran.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19481954
Penyandang Kemudian
tiada YTM Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya