Mohamad Taufek Abd Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Mohamad Taufek Abd Ghani

DPNS (Negeri Sembilan)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Dalam jawatan
23 Mei 2018 – 30 Jun 2023
PortfolioPembangunan Belia dan Sukan
Menteri BesarAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaParoi
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Paroi
Dalam jawatan
18 Mei 2018 – 30 Jun 2023
Didahului oleh Mohd Ghazali Abdul Wahid
Digantikan oleh Kamarol Ridzuan Md Zain
Majoriti
  • 4,841 (2018)
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 13 April 2013
Didahului oleh Bibi Sharliza Mohd Khalid
Digantikan oleh Mohd Ghazali Abdul Wahid
Majoriti
  • 1,107 (2008)
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2016–2019
Didahului olehjawatan diwujudkan
Digantikan olehMuhammad Zaki Md Sabri
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2009–2015
Didahului olehZulkefly Mohamad Omar
Digantikan olehMustaffa Daharun
Butiran peribadi
Lahir (1968-09-30) 30 September 1968 (umur 55)
Rembau, Negeri Sembilan
Parti politik Parti Amanah Negara (Bermula 2015)
Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 2015)
PasanganDatin Mahani Musa
Anak-anak4
HubunganBerkahwin
KediamanTaman Marida, Seremban

Dato' Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Jawi: محمد توفيق عبد الغني , lahir 30 September 1968) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Negeri Sembilan (2018-2023) dan mantan ADUN Paroi selama dua penggal (2008-2013,2018-2023).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lahir pada 30 September 1968. Berasal dari Kampung Pulau Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Mahani Musa (seorang guru) dan dikurniakan 4 orang anak. Anak sulung dan anak kedua beliau merupakan pasangan kembar, Muhammad Syukri (lahir 1997) dan Muhammad Sobri (lahir 1997). [1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mula belajar di Sekolah Rendah kebangsaan King George V, Seremban (1975-1980) kemudian Sekolah Menengah King George V, Seremban (1981 - 1983). Beliau kemudiannya berpindah ke Maktab Rendah Sains MARA Seremban dan belajar selama dua tahun (1984 - 1985). Beliau menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi di Maktab Matrikulasi UKM, Kulim selama dua tahun (1986 - 1987) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia sehingga tahun 1992.

Penglibatan dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau cukup aktif dalam Politik semenjak bergelar mahasiswa lagi. Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Jawatankuasa (EXCO) Tugas-tugas Khas, Jabatan Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kamsis Ungku Omar (sekarang dikenali sebagai Kolej Ungku Omar (1990-1991). Beliau kemudiannya menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada tahun 2003, beliau telah dilantik menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan sehingga tahun 2005. Seterusnya, pada tahun 2005, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, sekaligus sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan. Beliau berkhidmat dalam kedua-dua jawatan tersebut sehingga 2007.

Pada tahun 2007 sehingga 2009, beliau telah terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan. Ekoran daripada itu, beliau turut diberi taklifan (tanggungjawab) sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Sembilan. Beliau turut menjawat sebagai Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat, merangkap EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada tahun 2009, beliau terus menaiki anak tangga perubahan selepas dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Selain itu, beliau berkhidmat juga sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah dilantik oleh Pimpinan PAS Pusat selepas Pemilihan PAS bagi sesi 2009-2011.

Di peringkat akar umbi, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Negeri Sembilan pada 2008. [2]

Pada 12 Jun 2011, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baharu. Beliau mendapat maklumat perlantikan sebagai Pesuruhjaya Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Zulkefly Mohamad Omar ketika berada di atas kapal untuk menyeberangi Selat Bosporus di Istanbul, semasa menyertai delegasi Malaysia ke Turki bagi meninjau perkembangan pilihanraya Turki. [3]

Pengalaman Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertugas sebagai Jurutera Pengeluaran di Hualon Corporation (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Melaka pada 1992 hingga 1995. Selain itu, beliau turut pernah bertugas sebagai Jurutera Kanan di Samsung Corning (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam tempoh bertugas, beliau pernah menjalani latihan bekerja di Korea (1996 & 2004) dan pernah bertugas di Nepal, Korea dan Bangladesh sepanjang 2004-2006.

Penglibatan dalam Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Badan Bukan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Surau An-Nur, Kampung Pulau Bintongan, Rembau pada 2001-2002. Pada tahun 2006, beliau berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Madrasah Tuan Haji Abdul Rahman Ali (Dikenali juga sebagai Madarasah Kampung Selemak, Rembau) selama dua tahun (2007).

Antara jawatan lain yang disandang oleh beliau ialah Pengerusi Kelab Angkasa Malaysia Negeri Sembilan (2007-2008), Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia (2006-2008), dan Ahli Jawatankuasa Teras Pengupayaan Melayu (2005-2008).

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi Yang Ditandingi oleh Mohamad Taufek Abd Ghani
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2008 DUN Paroi Mohamad Taufek Abd Ghani (PAS) 9,423 Zaharudin Mohd Shariff (BN-UMNO) 8,316 78.39% 1,107
2013 DUN Paroi Mohamad Taufek Abd Ghani (PAS) 12,712 Mohd Ghazali Abd Wahid (BN-UMNO) 14,896 87.90% 2,184
2018 DUN Paroi Mohamad Taufek Abd Ghani (Amanah) 16,038 Mohd Ghazali Abd Wahid (BN-UMNO) 11,197 4,841
Masita Mohamed Ali (PAS) 3,499

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-02. Dicapai pada 2013-05-01.
  2. ^ http://calonpasn9.blogspot.com/2008/02/calon-rakyat-untuk-rakyat.html
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-10. Dicapai pada 2013-05-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu ADUN Paroi
2004 hingga 2008 – Kini
Penyandang Kemudian
Bibi Sharliza Mohd Khalid Mohd Ghazali Abd Wahid


Penyandang Terdahulu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
2007 hingga 20112011 hingga 2013
Penyandang Kemudian
Zulkefly Mohamad Omar Mustaffa Daharun