Mohamad Yassin Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohamad Yassin Bakar (1939-2010) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Gemas selama empat penggal (1986-2004) dan mantan Pengerusi Tetap UMNO Tampin.

Datuk

Mohamad Yassin Bakar
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Gemas
Dalam jawatan
1986–2004
Digantikan oleh Jamlus Aziz
Butiran peribadi
Lahir1939
Meninggal dunia1 Julai 2010 (71 tahun)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Londah, Gemas, Tampin
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau (71) meninggal dunia pada 1 Julai 2010 akibat radang paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pemeriksaan doktor di Institut Jantung Negara (IJN) mendapati Mohamad Yassin tiada masalah jantung. Jenazah dibawa ke Taman Sentosa, Gemas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Londah, Gemas.

Beliau meninggalkan isteri Datin Zauyah Mohamed, 63, dan tujuh orang anak, seorang lelaki dan enam perempuan berumur antara 21 dan 44 tahun. dan 7 orang cucu. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]