Mohamad Zamir Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamad Zamir Ghazali
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Memegang jawatan
2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohamad Sabu
AJK Pemuda AMANAH Nasional
Memegang jawatan
2019
Didahului olehHasbie Muda
Butiran peribadi
Lahir25 Mac 1982
Kuala Terengganu
Parti politik AMANAH
KediamanTerengganu Terengganu
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanAhli Politik

Mohamad Zamir Ghazali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Parlimen Kuala Terengganu.

Zamir juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional bagi sesi 2019 - 2023.


Latar Belakang Pendidikan

Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, kemudian meneruskan pengajian diperingkat sarjana muda Ekonomi dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Zamir memiliki pengalaman dalam pertandingan debat diperingkat universiti .

Paling Hadapan Dalam Isu Palestin

Zamir Ghazali baru baru ini mengecam tindakan timbalan menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim yang menaikkan promosi EXPO 2020 Dubai UAE sebagai tidak sensitif apabila UAE baru sahaja mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan turut menjemput Israel untuk untuk serta di dalam EXPO terbabit.

Zamir mendesak agar Malaysia menarik diri dari Expo terbabit sebagai tanda solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Palestin sendiri telah menarik diri dari EXPO terbabit setelah UAE turut menjemput Israel sebagai peserta.

Penglibatan Politik

Zamir dilantik sebagai ahli jawatankuasa pemuda AMANAH Terengganu pada 2017 oleh Hasbie Muda, dan seterusnya diminta untuk mengemudi Pemuda AMANAH Kuala Terengganu pada tahun yang sama sekaligus bertindak sebagai AJK AMANAH Kawasan Kuala Terengganu.

Pada pemilihan AMANAH 2019, Zamir menang bertanding di tiga peringkat negeri iaitu Jawatankuasa AMANAH Negeri Terengganu, Jawatankuasa Pemuda AMANAH Negeri Terengganu dan AMANAH Kawasan Kuala Terengganu.

Beliau juga berjaya menempatkan diri diperingkat nasional apabila menang pemilihan AJK Pemuda AMANAH Nasional 2019.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda AMANAH Terengganu mengantikan Saudara Hasbie Muda yang pada awalnya masih menyandang kedudukan terbabit namun terpaksa melepaskan jawatan bagi memegang jawatan Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.

Di peringkat AMANAH Kawasan Kuala Terengganu , beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Kuala Terengganu.

Lantikan

Pada tahun 2019, Zamir dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu dan menjadi diantara Pengerusi termuda dalam sejarah. Namun apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan pada 2020, beliau dilucutkan jawatan terbabit.

Pada 2023, Zamir sekali lagi dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan oleh Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohamad Sabu.