Mohamah Nor Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahibul Fadhilah Dato' Sheikh Haji

Mohamah Nor bin Mansor

Al-Hafiz
Jabatan Agama Islam Perak Pengarah
Dalam jawatan
1 Januari 2008 – 1 Mei 2009
RajaSultan Azlan Shah
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehJamry Sury
Digantikan olehMohd Yusop Hussin
Imam Besar
Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh
Dalam jawatan
1986 – 2008
Butiran peribadi
Lahir (1950-01-10) 10 Januari 1950 (umur 74)
Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan
PasanganDatin Hajah Fauziah Ismail
KediamanTaman Meru, Ipoh

Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz merupakan ahli politik dari Perak dan menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Beliau juga Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak dan Pengerusi Lajnah Tashih al-Quran. Sebelum bertanding dalam pilihan raya 1986 menggunakan tiket PAS, beliau adalah Imam Besar Masjid Negeri Perak, Ipoh dan Pengerusi Imam dan Bilal Negeri Perak.

Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah merupakan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP).

Menyekat buku Kassim Ahmad[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 1986, Sheikh Mohamah Nor Mansor mengingatkan bahawa pengharaman buku tulisan Kassim Ahmad - 'Hadis : Satu Penilaian Semula' tidak sahaja dilarang kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam. Mereka yang melanggar Undang-Undang Agama Islam Perak boleh dipenjara selama rnam bulan atau didenda RM500. Buku ini menjejaskan kepercayaan umat Islam terutama kanak-kanak dan kerajaan sepatutnya mengharamkan buku ini.[1]

Menyekat al Arqam[sunting | sunting sumber]

Pada 1994, Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor menyeru keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan kegiatan Al Arqam.Kajian mendalam telah dilakukan terhadap kepercayaan pengikut Asaari Muhammad terhadap Sheikh Muhammad Abdullah al-Suhaimi yang dipercayai masih hidup dan akan muncul bersama Imam Mahdi.[2]

Amalan takbir[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Februari 2009, Pengarah JAIPk Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor mengingatkan para penyokong parti politik yang beragama Islam supaya tidak membudayakan amalan bertakbir dan menyebut nama Allah terutama untuk mengalu-alu kehadiran dan memperbesarkan individu tertentu terutama pemimpin bukan beragama Islam.Takbir sepatutnya dilafaz atau dilaungkan untuk membesarkan keesaan Allah SWT. Takbir bukan satu slogan tetapi untuk membesarkan Allah.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan (2009)
  • Tokoh Maal Hijrah Perak 1434H

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New Straits Times - Jul 3, 1986,
  2. ^ New Straits Times - Aug 6, 1994 ,Decision to ban group get support from States
  3. ^ Masjid di Perak diingat jangan jadi medan politik