Mohamed Basir Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Mohamed Basir Ahmad merupakan tokoh perbankan yang terkenal. Beliau adalah bekas Pengerusi Maybank , sebuah bank yang terbesar di Malaysia. Mohamed Basir adalah suami bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau menjadi Pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai Pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai Penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980. Selepas beliau, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah dilantik sebagai Pengerusi Maybank yang baru mulai 1 Oktober 2009.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mei 2014, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura akibat serangan jantung . Jenazah selamat dikebumikan pada 5.45 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jenazah tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang dari Singapura pada 2.55 petang, disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob memaklumkan segala persiapan membawa jenazah ke Kuala Lumpur telah diuruskan oleh pihak suruhanjaya tinggi. [2]

Mohamed Basir dan keluarga sedang bercuti di negara jiran itu. Turut menziarahi ialah bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed ,isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Megat Zaharuddin ganti Basir di Maybank". Utusan Malaysia. 9 September 2009.
  2. ^ "Bekas Pengerusi Maybank meninggal dunia". Utusan Malaysia. 1 Jun 2014.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Bekas Pengerusi Maybank meninggal dunia". Utusan Malaysia. 1 Jun 2014.