Dali Muin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohamed Dali Muin)
Prof. Dr. Haji

Mohamed Dali Muin

MD (Homeopati)
Presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia
Dalam jawatan
1989–1992
Digantikan olehZainal Aripin Zakariah
Butiran peribadi
Lahir1935
Meninggal dunia12 April 1992
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganUstazah Norhayati Mohd Nor
HubunganBurhanuddin al-Helmi (Abang ipar)
PekerjaanAhli perubatan homeopati, ahli politik

Prof. Dr. Haji Mohamed Dali Muin (1935-1992) ialah seorang ahli perubatan Malaysia dalam bidang homeopati.

Keterlibatan dalam homeopati[sunting | sunting sumber]

Dali Muin merupakan salah seorang daripada 12 orang pelopor yang mula-mula mempelajari perubatan homeopati dengan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau mula belajar pada tahun 1952 dan aktif dalam memperkembangkan perubatan homoeopati.

Dali pernah membuka pusat rawatan homeopati di Bangunan Seri Larut, Perak. Kemudian beliau berpindah ke Kuala Lumpur/ Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia pada 1989 hingga kematian beliau pada 1992.

Sewaktu kepimpinannya, beliau banyak membantu dalam menyediakan sebuah hospital mini homeopati yang mempunyai sedikit kemudahan asas bagi rawatan sakit puan. Beliau bertanggungjawab dalam menstruktur semula modul pengajaran homeopati dan menambahkan bilangan lulusan homeopati. Selain itu, beliau turut menyaran serta membantu menerbitkan bulletin homeopati bagi pihak persatuan.

Beliau juga kerap menulis dalam buletin homeopati dan bertanggungjawab mengeluarkan naskhah fotokopi buku "Falsafah Perubatan Homepathy" karya Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau juga ada mengarang sebuah bahan rujukan homeopati dan ringkasan berjudul Sari Organon untuk kemudahan penuntut homeopati[1].

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana Dr Burhanuddin al-Helmi, Dali Muin juga terlibat dalam bidang politik. Beliau aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi calon pilihan raya dan menganggotai jawatankuasa kerja PAS Pusat. Semasa menjadi ahli Jawatankuasa PAS Pusat, beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Penyelaras Kerajaan Campuran Perikatan-PAS yang dibentuk pada 1973.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1963 Kampong Kembangan, Singapura[2] Mohamed Dali Muin Parti Islam Se-Tanah Melayu 344 Mohamed Ariff bin Suradi Parti Tindakan Rakyat 7,127 3,435
Mohammed Ali bin Alwi Perikatan Singapura 3,692
Saleha binte Mohamed Shah Partai Ra'ayat 2,674
Ibrahim bin Jaffar Parti Rakyat Bersatu 914
1969 Kuala Selangor, Selangor Mohamed Dali Muin Parti Islam Se-Malaysia 7,724 Raja Nong Chik Raja Ishak

Parti Perikatan

12,098 4,374

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohamed Hatta Abu Bakar (7 September 2011). "DR. DALI MUIN: PENERAJU PERUBAHAN HOMEOPATI DI MALAYSIA". Dr Hatta. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  2. ^ "Kampong Kembangan". Singapore Election. Dicapai pada 18 Oktober 2021.