Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Mohamed Farid Mohamed Zawawi | |
|---|---|
| Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
| Menyandang jawatan 5 September 2023 | |
| Yang Dipertua | Mohd Amar Abdullah |
| Didahului oleh | Abdul Fattah Mahmood |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kok Lanas | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | |
| Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
| Menyandang jawatan 23 Ogos 2020 | |
| Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Bidang pengkhususan | Akauntan |
Dato' Mohamed Farid bin Mohamed Zawawi merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kok Lanas yang menang bertanding diatas tiket PN-PAS pada PRN-15. Beliau merupakan ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang telah memenangi kerusi tersebut pada Pemilihan Agung BERSATU sesi 2019-2022 pada 23 Ogos 2020 lalu. Beliau juga merupaka mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berkelulusan sebagai Akauntan Bertauliah. Beliau menubuhkan sebuah perniagaan koperasi yang dinamakan sebagai Koperasi Wawasan Malaysia Berhad yang mana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah.[2] Beliau juga adalah Ahli Majlis Majlis Amanah Rakyat.[3]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Kelantan :
Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) – Dato' (2025)[4]
Pahang :
Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) – Dato' (2008)[5]