Mohamed Hanifah Abdul Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Seri Maharaja Diraja, Datuk

Mohamed Hanifah Abdul Ghani
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pasir Mas Hulu
Dalam jawatan
1959–1963
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Abdul Samad Gul Ahmad Mianji
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Seremban Timur
Dalam jawatan
1955–1959
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehGurnam Singh Gill
Butiran peribadi
Lahir11 April 1923
Batu 8, Labu, Seremban, Negeri Sembilan
Meninggal dunia27 Februari 1980
Rasah, Negeri Sembilan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (Sejak 1957)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Hingga 1957)

Dato' Seri Maharaja Diraja Datuk Mohamed Hanifah Abdul Ghani atau Dato' Raja Hanifah merupakan ahli politik Malaysia. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Pasir Mas Hulu, Kelantan (1959-1964) mewakili PAS. Beliau menang bertanding di DUN Seremban Timur, Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 mewakili UMNO. Beliau menyertai PAS pada 1957[1].

Abu Hanifah pernah menjadi pengarah pilihan raya PAS sekitar tahun 1965 dan pernah menjadi Naib Yang diPertua PAS.

Beliau juga merupakan salah seorang pembesar adat di Luak Sungai Ujong dengan gelaran Dato' Seri Maharaja Diraja[1]

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Dia pernah ditangkap bersama dengan Dato Kampo Radjo, Bendahari Agung Barisan Sosialis dan pemimpin Parti Perhimpunan Kebangsaan, Aziz Ishak. Mereka dituduh hendak menubuhkan kerajaan buangan Malaya di Pakistan.Husin Yaacob pula ditangkap di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin ,Kuala Lumpur.Berita mengenai penangkapan mereka tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 26 Mei 1965. Aziz Ishak adalah adik kepada Pengasas Utusan Melayu, Yusof bin Ishak yang menjadi Presiden Singapura yang pertama.[2] Raja Abu Hanifah dituduh menyokong kerjasama dengan Indonesia.[3] Namun penyokong beliau di Negeri Sembilan tidak memberi s

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Ensiklopedia Harian PAS: Wakil Rakyat PAS Selepas Pilihan Raya Umum 1955". Berita PAS. 12 Januari 2017.
  2. ^ "Perisik dalam Utusan Melayu?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-23. Dicapai pada 2011-10-30.
  3. ^ [1][pautan mati kekal]