Mohamed Mahbob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menteri Besar Johor Kedua - Dato' Mohamed bin Mahbob

Dato Mohamed Bin Dato Mahbob ( DK 1, SPMJ, DPMJ,SMJ,CMG) adalah Menteri Besar Johor Ke-2 (16 Julai 1920 - 1 September 1922) selepas Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (1886 - Julai 1920). Selepas Dato Mohamed ialah Dato' Abdullah Jaafar (September 1923 - 1928). Dato Mohamed menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1906-1914) sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917-1919.Dato Mohamed menjadi Timbalan Menteri Besar Johor selepas Datuk Bentara Dalam Ibrahim b Haji Abdullah Munsyi meninggal dunia.

Dato Mohamed mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris di Telok Belanga Singapura.[perlu rujukan] Pada tahun 1872 Dato Mohamed mula berkhidmat di pejabat Residen Negeri Negeri Selat di Port Swettenham, Selangor. Pada tahun 1880 Almarhum Sultan Abu Bakar memanggil beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat sebagai guru. Pada 28 April 1883 Dato Mohamed bersama Dato Bentara Luar Mohd Salleh Bin Perang dan Mr W Hole telah mengiringi Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Jepun dan China dengan menaiki M M Steamer Oxus.[perlu rujukan] Pada tahun 1885 Dato Mohamed dilantik menjadi Inspector of school.Beliau banyak menberi sumbangan dalam sistem pendidikan di Johor.[perlu rujukan] Di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan. Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato’ Mohamed dan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam enakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur 7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyak RM25.00 atau penjara selama tiga bulan.[perlu rujukan]

Ekonomi Johor[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pengusaha dari Jepun. Antaranya ialah Retsunosuke Kawashima telah dibenarkan membuka tanah 1000 ekar untuk penanaman padi dan pertanian komersial di Chohong, Muar . Dato Mohamed selaku Setiausaha kerajaan Johor mengalu-alukan pelabur dari Jepun untuk mengusahakan sawah padi.[1]

Sultan Johor juga memperkenankan permohonan tanah daripada Syarikat Consolidated Sango Koshi Limited di Jalan Batu Pahat dan kawasan hutan di daerah Kukup, bertentangan dengan Estet Namazie.Getah di kawasan itu akan menggantikan nanas. Syarikat itu membina sebuah jeti dibina di Pengerang / Tanjung Pengelih bagi memudahkan jalan laut ke Singapura.Lokasinya kini di Tanjung Belungkor berhadapan dengan Pulau Tekong Besar.[2]

Keluarga Dato Mohamed Bin Dato Mahbob[sunting | sunting sumber]

Dato Mohamed dilahirkan pada 1852 (Ahad 9 Safar 1269) di Telok Belanga Singapura.Nama bapanya Dato Mahbob Bin Yunus manakala ibunya bernama Che Moi @ Aisah @ Neng Teo Binti Abdullah berbangsa Cina (etnik Han) dari Cambodia.[perlu rujukan] Dato Mohamed mempunyai 10 orang adik beradik iaitu Mandak Khatijah, Lambak Fatimah, Salmah, Rafeah, Halimah , Aminah , Abdul Rahman, Maryam dan Mahya. Dato Mohamed juga mempunyai adik beradik berlainan bapa yang bernama YM Tengku Abdul Rhman Bin Tengku Mahmud, YM Ungku Abdul Majid Bin Temenggong Daeng Ibrahim,YM Ungku Maimonah Binti Temenggong Daeng Ibrahim dan YM Ungku Khadijah Binti Temenggong Daeng Ibrahim.[perlu rujukan] Isteri-isteri Dato Mohamed bernama Hatijah Binti Abdul Jabbar (tiada zuriat), Aminah Binti Daud (3 anak lelaki),Datin Jore Binti Abdullah (cicit kepada Maharaja Daoguang Dinasti Qing China[perlu rujukan],seorang anak perempuan) dan Hamidah Binti Abdullah (seorang anak lelaki). Dato Mohamed meninggal dunia pada 16 Mei 1923 di Johor Bahru.beliau dikebumikan di Makam Kerabat di Bukit Mahmoodiah dengan penuh adat istiadat dengan diiringi 4 payung berwarna kuning dan 4 payung berwarna putih. Anaknya bernama Awang Arshad, Mohd Kassim ,Mohd Nordin, Rahman dan Jamilah @ Che Mas.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ State Commissioner, Muar, 20 April 1895. Fail General Advisor, No. 692/1932
  2. ^ Penglibatan Orang Jepun dan Ekonomi Johor


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
19201922
Penyandang Kemudian
Jaafar bin Haji Muhammad Abdullah Jaafar