Pergi ke kandungan

Mohamed Said Keruak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mohamed Said Bin Keruak)
Mohamed Said Keruak
SMN (Malaysia); SPDK (Sabah)
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7
Dalam jawatan
1 Januari 1987 – 1 Disember 1994
Didahului olehMohamad Adnan Robert
Digantikan olehSakaran Dandai
Ketua Menteri Sabah ke-4
Dalam jawatan
11 November 1975 – 13 April 1976
Didahului olehMustapha Harun
Digantikan olehDonald Stephens
Ahli Parlimen Kota Belud
Dalam jawatan
1969–1982
Maklumat peribadi
Lahir
Sintam Keruak

(1926-11-15)15 November 1926
Borneo Utara Kota Belud, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
Meninggal dunia17 November 1995(1995-11-17) (umur 69)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tempat semadiMakam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah
Parti politikUSNO
AnakMohd Salleh
Saidatul Badru
Saidatul Badariah
Sandralilah
Saidatul Zainorah
Ibu bapaKeruak Beruk (bapa)
Dompok Andarsi (ibu)
PendidikanSekolah Rendah Kerajaan, Kota Belud
PekerjaanPenjawat Awam, Ahli Politik

Allahyarham Tun Haji Mohamed Said bin Keruak adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - USNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1975-1976) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (1987-1994).

Anaknya Dr Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said turut terjun ke arena politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Anaknya Datin Saidatul Badru Tun Haji Mohd Said, 61, pengasas dan Pengerusi Sekolah Islamiah al-Badru, Darul Bakti di Kota Belud, Sabah. Said Keruak mewakafkan tanah seluas 1.5 hektar untuk tujuan pendidikan Islam .[1]

Said Keruak pernah menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah (September 1966) [2] Pada 2 Februari 1965, beliau mengumumkan projek pengairan dan sawah padi seluar 1100 ekar di Kota Belud,Kudat, Ranau, Keningau, Bandau dan Labuan. Lembah Labuk juga sesuai untuk tujuan pertanian. RM333,000 untuk skim ladang kelapa sawit Klias di Beaufort.[3]

Minat beliau mendalam dalam sukan kuda dan menyertai Kelab Kuda Diraja Sabah yang terletak di Jesselton.Beliau mempunyai enam ekor kuda termasuk yang bernama 'Sweet Seventeen'.[perlu rujukan] Akhirnya beliau berhenti daripada kelab lumb kuda itu ekoran beberapa pertikaian.[perlu rujukan]

Yang di-Pertua Negeri Sabah

[sunting | sunting sumber]

Ketika beliau menjadi TYT Sabah, krisis dalam PBS berlaku dan UMNO dibawa dari Semenanjung. Beberapa pemimpin USNO menubuhkan parti UMNO di Sabah di bawah pimpinan Sakaran Dandai. Demi kselamatan, polis PDRM Sabah diketuai Ketua Polis Pantai Barat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya II Tuffile Nawab Din melakukan pemeriksaan keselamatan di bangunan Dewan Undangan Negeri di Likas. Said Keruak menegaskan pebentukan kerajaan baru adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Yang diPertua Negeri Sabah. Kerajaan sedia ada pimpinan Pairin Kitingan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. Akhirnya , Sakaran dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Joseph Pairin Kitingan. Kemudian anaknya Salleh Said Keruak menjadi Ketua Menteri Sabah.

Penghormatan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bangga berbakti di Darul Bakti
  2. ^ Sabah Turf Club row: Owner wins point on rules[pautan mati kekal]
  3. ^ GIANT SCHEME TO OPEN UP LAND[pautan mati kekal]
  4. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1989" (PDF).