Mohamed Salah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohamed Salah
Mohamed Salah 2015.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamed Salah Ghaly [1]
Tarikh lahir (1992-06-15) 15 Jun 1992 (umur 25)
Tempat lahir Basyoun, El Gharbia, Mesir
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini Roma
Nombor 11
Kerjaya remaja
2006–2010 El Mokawloon
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2010–2012 El Mokawloon 41 (11)
2012–2014 Basel 47 (9)
2014–2015 Chelsea 13 (2)
2015 Fiorentina (pinjaman) 16 (6)
2015 Roma (loan) 6 (3)
2015– Roma 29 (11)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Mesir B20 11 (3)
2011–2012 Mesir B23 11 (4)
2011– Mesir 41 (23)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 Mei 2016 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 29 Mac 2016

Mohamed Salah Ghaly (lahir 15 Jun 1992) merupakan pemain bola sepak Mesir yang bermain di kelab Serie A, Roma dan untuk pasukan kebangsaan Mesir. Beliau bermain di posisi sayap.

Beliau bermain dengan aksi yang cemerlang bersama pasukan kebangsaan Mesir pada usia yang awal, beliau memasuki kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2011 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Beliau juga memenangi Piala Super Swiss dalam musim pertamanya bersama kelab sensasi Switzerland, Basel dan dianugerahkan sebagai Pemain Bakat Harapan Terbaik CAF pada tahun 2012.[3] Pada tahun 2013, beliau dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik SAFP merujuk kepada pemain terbaik di Liga Super Swiss.[4] [5]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

El Mokawloon[sunting | sunting sumber]

Salah bermain untuk pasukan remajanya iaitu El Mokawloon. Beliau bermain debut dalam pasukan senior di Liga Perdana Mesir ketika menjaid pemain gantian pada 3 Mei 2010 ketika perlawanan seri 1-1 menentang El Mansoura. Ketika musim 2010–11, Salah menjaringkan gol pertamanya pada 25 Disember 2010 ketika perlawanan seri 1–1 menentang El Ahly. Beliau bermain dalam setiap perlawanan dalam musim 2011–12. Walau bagaimanapun, berikutan Rusuhan bola sepak Stadium Port Said pada awal Februari 2012, Liga Perdana Mesir terpaksa dihentikan serta merta dan semua perlawanan tertunda. Pada 10 Mac 2012, Persatuan Bola Sepak Mesir mengumumkan untuk membatalkan Liga Perdana Mesir musim 2011-12.[6]

Basel[sunting | sunting sumber]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Kelab Liga Super Swiss, Basel telah memantau perkembangan Salah dari semasa ke semasa, dan selepas Rusuhan bola sepak Stadium Port Said, Basel mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah-23 Mesir. Perlawanan ini berlangsung pada 16 Mac di Stadion Rankhof, Basel dan Salah memasuki perlawanan pada separuh masa kedua dengan menjaringkan sebanyak dua gol. Perlawanan ini tamat dengan keputusan 4-3, kemenangan memihak kepada pasukan bawah-23 Mesir. Basel kemudiannya mengajak Salah untuk menjalani latihan selama seminggu. Pada 10 April 2012, kelab Basel mengumumkan bahawa Salah menandatangani kontrak bersama Basel selama empat tahun bermula dari 15 Jun 2012.[7]

Salah menjaringkan gol dalam debut tidak rasminya pada 23 Jun 2012 menentang FC Steaua Bucureşti dalam perlawanan persahabatan, tewas 4-2. Beliau membuat debut rasmi bersama Basel ketika peringkat awal Liga Juara-Juara menentang kelab Norway, Molde pada 8 Ogos, beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-74. Beliau membuat debut liga pada 12 Ogos menentang Thun dengan bermain dari awal sehingga minit ke-90. Beliau menjaringkan gol liganya seminggu kemudian, menentang Lausanne, 2-0. Salah menjaringkan gol pertamanya di Liga Eropah UEFA pada 11 April 2013 dalam suku akhir kedua menentang Tottenham Hotspur dan perlawanan membawa kepada penentuan tendangna penalti selepas seri agregat 4-4 dan Basel menang 4-1.[8] Dalam separuh akhir kedua pada 2 Mei, Salah menjaringkan gol menentang Chelsea di mana Basel tewas agregat 2-5.[9] Basel menjuarai Liga Super Swiss musim 2012–13[10] dan naib juara dalam Piala Swiss.[11]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Dalam musim 2013-14, Salah merupakan sebahagian daripada pasukan Basel memenangi Uhrencup. Salah menjaringkan gol liga pertamanya pada musim 2013-14 ketika menentang Aarau pada 13 Julai 2013.[12]

Beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara sebulan kemudian ketika menentang Maccabi Tel Aviv pada 6 Ogos 2013 ketika pusingan ketiga.[13]

Beliau menjaringkan gol sebanyak dua kali menentang juara Bulgaria, PFC Ludogorets Razgrad pada 21 Ogos 2013 dalam perlawanan play-off.[14] Pada 18 September 2013, Salah menjaringkan gol ke atas kelab gergasi Inggeris, Chelsea, 2–1 dalam peringkat kumpulan di Stamford Brige. Ketika perlawanan kedua di St. Jakob-Park pada 26 November, Salah menjaringkan gol kemenangan buat Basel, 1-0.[15]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Januari 2014, kelab Chelsea bersetuju bersama Basel untuk menyerahkan Salah kepada kelab London tersebut dengan harga sebanyak £11 juta.[16] Pada 26 Januari 2014, Chelsea mengumumkan telah melengkapkan perpindahan dengan menandatangani Salah, membuatkan beliau menjadi pemain pertama Mesir ke kelab Inggeris itu.[17] Pada 8 Februari 2014, Salah membuat debutnya bersama Chelsea di Liga Perdana Inggeris dengan menjadi pemain gantian dalam perlawanan 3-0 menentang Newcastle United.[18] Pada 22 Mac 2014, Salah menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika menentang Arsenal dalam perlawanan London derby, beliau menjadi pemain gantian untuk menggantikan Oscar, Chelsea menang 6-0.[19] Pada 5 April 2014, Salah menjaringkan gol pembukaan dan kemudian membuat hantaran ketika menentang Stoke City, 3-0.[20]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Sebelum musim baru, masa depannya bersama Chelsea kelihatan berada dalam keadaan seimbang selepas laporan melaporkan beliau terpaksa kembali ke Mesir untuk melaksanakan perkhidmatan tentera selepas pendaftarannya bagi skim pendidikan dibatalkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Mesir.[21] Kemudian, ia telah melaporkan bahawa dia telah terlepas daripada perkhidmatan tentera selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mahlab, Menteri Pengajian Tinggi dan pengurus Mesir Shawky Gharib.[22] Salah menukar jersi nombornya dari 15 hingga 17 dalam musim 2014-15 apabila pengguna lama jersi 17, Eden Hazard menukar jersi nombor 10.[23]

Debut Salah dalam musim baru ketika menentang Swansea City pada 13 September 2014 dengan bermain 10 minit terakhir bersama Chelsea, The Blues menang 4-2.[24] Beliau bermain dengan penuh ketika menentang Bolton Wanderers dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris pada 24 September.[25]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Salah bermain untuk Mesir ketika menentang Tunisia dalam satu perlawanan persahabatan.

Salah membuat debutnya bersama pasukan kebangsaan Mesir pada 3 September ketika menentang Sierra Leone, Mesir tewas 2-1. Beliau juga mewakili pasukan kebangsaan Mesir bawah-20 dan bawah-23. Beliau mewakili Mesir dalam Piala Dunia FIFA B-20 2011 dan Sukan Olimpik 2012. Beliau menjaringka gol pertamanya untuk Mesir ketika menentang Niger, 3-0. Beliau menjaringkan gol kemenangan buat Mesir pada minit ke-93 menentang Guinea, 3-2 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.

Pada 9 Jun 2013, Salah menjaringkan gol hat-tricknya dan membuat hantaran ketika menentang Zimbabwe, 4-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Salah kemudian menjadi penjaring terbanyak sepanjang perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan menjaringkan enam gol bersama Mohamed Aboutrika dan Asamoah Gyan.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 8 Oktober 2011 Stadium Antarabangsa Kaherah, Kaherah, Mesir  Niger 2–0 3–0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012
2 27 Februari 2012 Stadium Al-Gharafa, Doha, Qatar  Kenya 1–0 5–0 Persahabatan
3 29 Mac 2012 Stadium Khartoum, Khartoum, Sudan  Uganda 1–1 2–1 Persahabatan
4 31 Mac 2012 Stadium Khartoum, Khartoum, Sudan  Chad 1–0 4–0 Persahabatan
5 22 Mei 2012 Stadium Al-Merrikh, Omdurman, Sudan  Togo 2–0 3–0 Persahabatan
6 3–0
7 10 Jun 2012 Stade 28 Septembre, Conakry, Guinea  Guinea 3–2 3–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
8 15 Jun 2012 Stadium Borg El Arab, Iskandariah, Mesir  Republik Afrika Tengah 2–1 2–3 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013
9 6 Februari 2013 Estadio Vicente Calderón, Madrid, Sepanyol  Chile 1–2 1–2 Persahabatan
10 9 Jun 2013 Stadium Sukan Kebangsaan, Harare, Zimbabwe  Zimbabwe 2–1 4–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
11 3–1
12 4–2
13 16 Jun 2013 Estádio da Machava, Maputo, Mozambique  Mozambique 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
14 14 Ogos 2013 Stadium El Gouna, El Gouna, Mesir  Uganda 2–0 3–0 Persahabatan
15 10 September 2013 Stadium El Gouna, El Gouna, Mesir  Guinea 3–2 4–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
16 5 Mac 2014 Tivoli-Neu, Innsbruck, Austria  Bosnia dan Herzegovina 2–0 2–0 Persahabatan
17 30 Mei 2014 Julio Martínez Prádanos, Ñuñoa, Chile  Chile 1–0 2–3 Persahabatan
18 10 Oktober 2014 Stadium Nasional, Gaborone, Botswana  Botswana 2–0 2–0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2015
19 15 Oktober 2014 Stadium Antarabangsa Kaherah, Kaherah, Mesir  Botswana 2–0 2–0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2015

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

Seorang pemain taktikal, Salah terkenal untuk melemahkan semangat pemain, mengawal bola dan menjaringkan go ldengan baik. Beliau merupakan pemain sayap yang penting untuk membuat hantaran kepada para penyerang. Beliau juga digelar sebagai "Messi Mesir". Selepas menandatangani kontrak bersama Chelsea, pengurus José Mourinho berkata tentang Salah: "Beliau muda, beliau laju, beliau kreatif, beliau bersemangant. Apabila kita menganalisis dia di padang, kita mendapati dia personaliti yang merendah diri di padang dan sentiasa bersedia untuk bermain untuk pasukan."[26] Mourinho mendapati Salah pemain yang berbakat tinggi setanding Oscar dan Robben".[27]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 28 Oktober 2014.[28]
Kelab Musim Divisyen Liga Piala Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Basel 2012–13 Liga Super Swiss 29 5 6 3 14 2 49 10
2013–14 18 4 1 1 10 5 29 10
Jumlah 47 9 7 4 24 7 78 20
Chelsea 2013–14 Liga Perdana Inggeris 10 2 1 0 11 2
2014–15 2 0 2 0 1 0 5 0
Jumlah 12 2 3 0 1 0 16 2
Jumlah kerjaya 59 11 10 4 25 7 94 22

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Basel[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mohamed Salah". Soccerway. Dicapai pada 17 May 2014. 
  2. ^ "Player Profile: Mohamed Salah". chelseafc.com. 
  3. ^ name=" cafonline 2012-12-21">"Toure wins his second African Player of the Year Award - Football News - CAF". Cafonline.com. 2012. Dicapai pada 2012-12-21. 
  4. ^ http://www.goldenplayer.ch/winners-20122013
  5. ^ http://english.ahram.org.eg/NewsContent/6/53/88151/Sports/Talents-Abroad/VIDEO-Egypts-Salah-wins-Swiss-league-player-of-the.aspx
  6. ^ name=BBC>"Egypt's Premier League cancelled". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 10 March 2012. Dicapai pada 11 March 2012. 
  7. ^ name="ahram.org">Ahmed Abd El Rasoul (2012). "Egypt rising star Salah officially joins FC Basel". Ahram Online. Dicapai pada 10 April 2012. 
  8. ^ name="uefa 2013-04-11">"Basel break Spurs' hearts from the spot". Uefa. 2013. Dicapai pada 11 April 2013. 
  9. ^ name="eufa 2013-05-03">Haylett, Trevor (2013). "Basel take heart after Chelsea defeat". Eufa. Dicapai pada 3 May 2013. 
  10. ^ name="eufa 2013-06-10">Schifferle, Michael (2013). "Season review: Switzerland". Eufa. Dicapai pada 10 June 2013. 
  11. ^ name="sfv2013-05-20">SFV (2013). "Telegramm Schweizer Cup Final". Schweizerischer Fussballverband. Dicapai pada 20 May 2013.  (Jerman)
  12. ^ "Basel v Aarau Match preview - Goal.com". Goal.com. 13 January 2013. Dicapai pada 1 October 2014. 
  13. ^ "Maccabi revival comes too late to halt Basel". uefa.com. UEFA. 6 August 2013. Dicapai pada 1 October 2014. 
  14. ^ "Basel take charge against Ludogorets". uefa.com. UEFA. 6 August 2013. Dicapai pada 1 October 2014. 
  15. ^ "Basel FC BS Chelsea Group Stage Match Report". uefa.com. UEFA. 6 October 2013. Dicapai pada 30 August 2014. 
  16. ^ "Mohamed Salah: Chelsea agree deal to sign Basel midfielder". BBC Sport. 23 January 2014. Dicapai pada 23 January 2014. 
  17. ^ "Salah Move Completed". Chelseafc.com. 2014-01-18. Dicapai pada 2014-01-26. 
  18. ^ "Chelsea 3-0 Newcastle". SkySports. 8 February 2014. Dicapai pada 8 February 2014. 
  19. ^ "Chelsea 6-0 Arsenal". BBC Sports. 22 March 2014. Dicapai pada 22 March 2014. 
  20. ^ "MATCH REPORT: CHELSEA 3 STOKE CITY 0". Chelsea F.C. 5 April 2014. Dicapai pada 6 April 2014. 
  21. ^ "Chelsea midfielder Mohamed Salah 'could be forced into military service by Egyptian government'". Metro.co.uk. 19 July 2014. Dicapai pada 1 October 2014. 
  22. ^ "Mohamed Salah: Chelsea midfielder will NOT have to serve military service after Egyptian Prime Minister steps". The Independent. 21 July 2014. Dicapai pada 1 October 2014. 
  23. ^ "Squad number changes". Chelsea F.C. Dicapai pada 15 August 2014. 
  24. ^ "Diego Costa scored his first Chelsea hat-trick as they came from behind to beat Swansea and maintain their 100% start to the Premier League season.". BBC Sport. 13 September 2014. Dicapai pada 19 September 2014. 
  25. ^ "Chelsea vs. Bolton". Sky Sports. 24 September 2014. Dicapai pada 24 September 2014. 
  26. ^ "Salah deal 'influenced by Mata move'". ESPN. Dicapai pada 24 January 2014. 
  27. ^ "Mourinho confirms Salah". Telegraph. Dicapai pada 24 January 2014. 
  28. ^ "Mohamed Salah". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 23 December 2013. 
  29. ^ name="eufa 2013-06-10"
  30. ^ name="fcb 2013-07-08"
  31. ^ name="cafonline 2012-12-21"
  32. ^ "MOHAMED SALAH ADMITS THREE TIMES". football.ch/. 27 January 2014. Dicapai pada 31 January 2014. 
  33. ^ "2014 World Cup Qualifying - Africa Stats: Top Goal Scorers - 2013". espnfc.com/. 19 November 2013. Dicapai pada 31 January 2014.