Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-9.


Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin
Prof. Datuk Mohamed Salleh
Pengerusi Lembaga Tadbir Urus Kolej Univesiti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWPS)
Pengerusi Kolej Antarabangsa Teknologi Spektrum
Pengarah United Nations International Institute of Global Health (UNU-IIGH)
Dalam jawatan
Mac 2007 – Februari 2013
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-9
Dalam jawatan
1 Mei 2003 – 27 Ogos 2006
Didahului olehAnuwar Ali
Digantikan olehSharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UKM
Dalam jawatan
2000–2003
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan), UKM
Dalam jawatan
1995–2000
Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Dalam jawatan
1992–1995
Butiran peribadi
Lahir1950 (umur 73–74)
Muar, Johor
Alma mater
PekerjaanAhli Akademik & Saintis

Kerjaya awal di UKM[sunting | sunting sumber]

Prof. Salleh mula berkhidmat di UKM sebagai tutor selama enam tahun dari tahun 1974 dan dilantik ke jawatan pensyarah pada 1980 hingga 1984. Pada 1984 beliau dilantik Prof. Madya dan profesor dalam bidang Mikrobiologi Perubatan pada 1994. Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan.

Keupayaan dan potensi Prof. Salleh dalam pengurusan akademik dan pembangunan telah dilihat oleh Prof. Datuk Dr. Sham Sani, Naib Canselor UKM ke-6 ketika itu yang akhirnya membawa Prof. Salleh ke Bangi. Prof. Salleh dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal ehwal Pembangunan) pada 15 Oktober 1995.

Setelah lima tahun menerajui Hal ehwal Pembangunan, Prof. Salleh dilamar pula oleh Naib Canselor UKM ke-7, Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali untuk menerajui Hal ehwal Pelajar bermula 19 September 2000. Keperibadian Prof. Salleh yang akrab dengan semua lapisan warga khususnya mahasiswa amat bertepatan dengan porfolio baru beliau itu.

Pengalaman luas beliau selama sembilan tahun sebagai Timbalan Naib Canselor menghantar Prof. Salleh ke kerusi Naib Canselor UKM ke-8 bermula 1 Mei 2003. Prof. Salleh seorang CEO yang amat menekankan peningkatan citra UKM di peringkat nasional dan di arena antarabangsa. Impak globalisasi telah mendorong mengubah citra universiti. Prof. Salleh mahu melihat UKM bukan sekadar yang terbaik di negara dan rantau ini, tetapi dapat menyaingi pencapaian universiti-universiti terkemuka dunia.

Jasa beliau[sunting | sunting sumber]

Prof. Salleh mengemudi UKM berteraskan Pelan Strategik UKM (PS2020) dengan harapan melihat UKM universiti bertaraf dunia. UKM tidak boleh berpuas hati dengan kedudukannya kini. Justeru, Prof. Salleh memikirkan perlunya penjenamaan semula UKM.

Seorang CEO yang mendahului zaman, Prof. Salleh melihat tiga agenda kritikal yang perlu diberi perhatian utama iaitu Penyelidikan, Pengantarabangsaan dan Jaminan Kualiti, yang menggambarkan kekuatan sesebuah universiti. Idea kreatif beliau telah menghasilkan akronim RIQ (Research, Internationalisation & Quality Assurance) yang menggambarkan tiga agenda tersebut untuk memudahkan warga kampus mengingati dan seterusnya memberikan fokus terhadap penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti.

Agenda Penyelidikan amat bertepatan ketika UKM tersenarai antara Universiti Penyelidikan dalam RMK-9. Agenda Penyelidikan diperkukuhkan lagi dengan pengiktirafan demi pengiktirafan yang diterima UKM semasa kepimpinan Prof. Salleh.

Antaranya, UKM tersenarai antara 100 universiti sains terkemuka dunia oleh Tambahan Pendidikan Tinggi Times (THES) serta penempatan dua institut penyelidikan terkemuka di UKM iaitu Malaysia Genome Institute (MGI) dan United Nations University - International Institute of Global Health.

Prof. Salleh optimis peranan UKM sebagai pemain global akan menyerlahkan visibiliti UKM ke dunia luar. Justeru, UKM meningkatkan informasi dalam pangkalan maklumatnya, meningkatkan jaringan kerjasama dengan mengadakan siri lawatan ke universiti terkemuka dunia. Hasilnya, UKM kini menjadi tumpuan kunjungan organisasi terkemuka luar negara dan jaringan organisasi luar melalui MoU dan MoA semaking meningkat. Kecemerlangan UKM juga telah meyakinkan sarjana terkemuka seperti penerima hadiah Nobel untuk menyampaikan syarahan mereka di UKM.

Dalam hal kerja, beliau sering menyeru warga UKM berfikir Think Out of the Box dan Just Do It untuk mencapai kejayaan. Maka tidak hairanlah sebagai seorang pakar dalam pemikiran kreatif, banyak idea beliau telah berjaya ditonjolkan dalam kepimpinannya. Prof. Salleh menggunakan pendekatan memujuk seluruh warga kampus untuk bekerjasama dengan beliau.

Beliau boleh dinobatkan sebagai ‘Bapa Pengantarabangsaan UKM’. Ketokohan, pemikiran, aspirasi dan semangat juang Prof. Salleh akan menjadi pedoman kepada warga UKM untuk terus menggilap nama UKM.

Prof. Salleh yang akan memulakan khidmatnya sebagai Ketua Eksekutif, Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 28 Ogos 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]