S. Roomai Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohamed Taib Salleh)

S. Roomai Noor

Kelahiran
Muhammad Taib bin Salleh

(1923-02-22)22 Februari 1923
Meninggal dunia16 Mac 1996(1996-03-16) (umur 73)
Hospital Makkah, Arab Saudi
Sebab kematianParu-paru berair
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ma'ala, Makkah
PekerjaanMekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon, pengarah
Tahun aktif1948–1996
Terkenal keranaBerlakon dalam filem Chinta
Pasangan
Anak-anak
  • Anita Sarawak (anak bersama Siput Sarawak)
  • Noorkumalasari (anak bersama Umi Kalthum)
  • Noor Salawati
  • Sonadi Noor
  • Noor Latiff
  • Noor Jumaaton
  • Noorul Mukmin
  • Nuraini Jaafar (anak tiri bersama Umi Kalthum)
  • Muhammad Bin Jaafar (anak tiri bersama Umi Kalthum)
Ibu bapa
  • Md Salleh bin Khatib Hassan (bapa)
  • Fatimah binti Othman (ibu)
SaudaraIshak Haji Muhammad (bapa saudara)

Dato' Haji S. Roomai Noor (dilahirkan sebagai Muhammad Taib Bin Salleh; 22 Februari 1923 – 16 Mac 1996) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Muhammad Toyib Bin Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.[1]

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau pergi ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau itu telah menyebabkan keluarga terdekat beliau merasa terkejut kerana pada sangkaan mereka, beliau telah meninggal dunia semasa pendudukan Jepun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan karier lakonan pertamanya dalam filem Chinta arahan B. S. Rajhans pada tahun 1948. Filem arahannya yang pertama ialah filem Adam pada tahun 1956.

Sepanjang kerjayanya, beliau mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu dan dengan itu, karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan serta menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.

Beliau pernah bekerjasama dengan Ho Ah Loke dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Akibat daripada itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.

Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, pesawat yang membawa delegasi Malaya telah terlibat dalam nahas udara. Walau bagaimanapun, beliau, M. Amin, Roseyatimah, Umi Kalthum dan Latifah Omar dilaporkan terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.

Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, Jins Shamsuddin telah mempelawa beliau membintangi filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu filem Bukan Salah Ibu Mengandong yang turut menampilkan P. Ramlee, Umi Kalthum, Sarimah, Sharifah Hanim dan Ed Osmera. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah Sumpahan Mahsuri yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

S. Roomai Noor mendirikan rumahtangga bersama seniwati Siput Sarawak yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Pada tahun 1955, beliau berkenalan pula dengan seniwati Umi Kalthum semasa berkhidmat di studio Cathay-Keris hingga membawa kepada perkahwinan mereka dan dikurniakan enam cahaya mata termasuk Noorkumalasari.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac 1996 bersamaan 25 Syawal 1416 H, beliau meninggal dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi akibat penyakit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan umrah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Umi Kalthum. Kisahnya telah diadaptasikan ke dalam sebuah telefilem yang berjudul Pintu No.9 Masjid Nabawi terbitan Zeel Productions Sdn Bhd dimana watak Allahyarham dilakonkan oleh pelakon Zulkifli Ismail, manakala Noorkumalasari memegang watak ibunya Umi Kalthum.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1948 Chinta Raja Kanchi / Sanchi Filem pertama
1949 Noor Asmara Omar
Nilam Ahmad
1950 Bakti Hassan
Pembalasan
1951 Berdosa
1954 Tangisan Ibu
1955 Selamat Hari Raya
Duka Nestapa
Kasih Menumpang
Irama Kasih
Selamat Tinggal Kekasehku Hassan
Mega Mendung
1956 Adam
1957 Chinta Gadis Rimba Judul antarabangsa: Virgin of Borneo
1958 Orang Lichin
Che Mamat Parang Tajam
Orang Minyak Dasuki
1959 Mahsuri Wan Derus
1960 Hantu Rimau ASP Latiff
Pak Pandir Moden Luncai
1961 Sumpitan Racun
1963 Bayangan Di Waktu Fajar Omar
Rumah Itu Dunia Aku Mohsen
1969 Bukan Salah Ibu Mengandong Ayah Ani Pelakon undangan
1973 Cucu
1979 Dendang Perantau Dato' Ariff watak bapa Emilia lakonan Uji Rashid
Tiada Esok Bagimu bapa Peguam Khalid
1980 Esok Masih Ada Dato' Zakaria
1981 Abang Dato' Din
1982 Esok Untuk Siapa Datuk Iskandar
1983 Ke Medan Jaya
1984 Matinya Seorang Patriot Yusoff
1987 Rahsia Haji Khalid
1989 Sumpahan Mahsuri Pandak Maya
1991 Sepi Itu Indah Datuk Kamarul Filem terakhir

Sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1956 Adam
1958 Che Mamat Parang Tajam
1959 Bawang Putih Bawang Merah
1960 Tunang Pak Dukun
Hantu Rimau Pengarah bersama L. Krishnan, B. N. Rao & M. Amin
1961 Lela Satria
Sumpitan Racun
Puteri Gunong Ledang
Gado-gado
1962 Chelorong Cheloreng
Mabuk Kepayang Pengarah bersama Hussein Haniff
Badang
1966 Tongkat Hitam

Sebagai penulis[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1950 Rachun Dunia Penterjemah Cerita

Drama[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1972 Awas Abu Nawas Filem Negara Malaysia
1975 Setitik Embun Ayah Hisham Pelakon undangan
1976 Madu Beracun Doktor

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1980)[2]
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) oleh Sultan Pahang (1988)[2]
  • Dicalon untuk menerima Anugerah Seni Negara 1996 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi pencalonan itu terpaksa ditarik balik apabila beliau meninggal dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dato' S.Roomai Noor
  2. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 17 Februari 2021.[pautan mati kekal]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]