Mohamed Yaacob
YBhg Tan Sri Mohamed Yaacob PSM | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negara | |
Dalam jawatan 10 Disember 1996 – 5 Disember 2000 | |
Didahului oleh | Adam Kadir |
Digantikan oleh | Michael Chen Wing Sum |
Menteri Besar Kelantan | |
Dalam jawatan 1978–1990 | |
Didahului oleh | Muhamed bin Nasir |
Digantikan oleh | Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Panglima Bayu | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Zianon Abidin Ali |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Lanas | |
Dalam jawatan 1978–1986 | |
Didahului oleh | Abdul Samad Drahman |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | 3 Januari 1924 Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu |
Meninggal dunia | 8 September 2009 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 85)
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Tan Sri Mohamed Yaacob atau 'Ayah Mat' atau 'Abe Mat' (lahir 3 Januari 1926 di Kampung Palekbang,Tumpat - meninggal 8 September 2009) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan (23 Mac 1978 hingga Oktober 1990). [1]
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad. Mereka mempunyai 6 anak dan salah satu daripada anaknya adalah Dr. Idora Mohamed.
Mereka tinggal di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar/Damansara, Kuala Lumpur (walaupun kampung halaman mereka adalah masih di Tumpat, Kelantan).
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1924 di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Laut, Kelantan (1932) dan Sekolah Melayu Mentuan, Kota Baharu, Kelantan (1933-1936). Kemudian sambung belajar di Overseas School Certificate Sultan Ismail College (Special Malay Class), Kota Baharu, Kelantan pada 1947.Seterusnya, Mohamed Yaacob melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang peringkat Ijazah (LL.B) di Lincoln's Inn, England (1954-1958).
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Mohamed bermula sebagai kerani di Pejabat Pos pada 1948. Beliau pernah menjadi setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan, majistret, timbalan pendakwa raya dan Penasihat Undang-undang di Terengganu dan Johor.
Beliau menjadi majistret di Muar dan Batu Pahat, Johor dan penolong pendakwa raya di Ipoh, Perak dari September 1962 hingga Ogos 1964.
Politik[sunting | sunting sumber]
Mohamed Yaacob aktif dalam politik UMNO di Tanah Merah, Kelantan sejak 1950-an. Beliau menjadi ahli Parlimen Tanah Merah selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1969. Mohamed dilantik Timbalan Menteri Kewangan pada Januari 1973; Menteri Pelajaran pada Ogos 1973; Menteri Alam Sekitar, Teknologi dan Tenaga pada Ogos 1974; dan Menteri Perusahaan Awam dari 5 Mac 1976 hingga 22 Feb 1978.
Beliau pernah menjadi Senator mulai 10 Disember 1996 selama tiga tahun dan seterusnya dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 27 Dis 1999 hingga Dis 2000.[2]
Menteri Besar Kelantan[sunting | sunting sumber]
Pada 1977, Dato' Haji Muhamed bin Nasir , Menteri Besar Kelantan dipecat oleh PAS kerana beliau adalah pilihan BN bukan pilihan PAS. Ekorannya terjadi rusuhan oleh penyokong Muhamed Nasir dan Darurat diisytiharkan di Kelantan pada November 1977. Pilihan raya kecil Kelantan diadakan pada Mac 1978 dan BN (33 kerusi) berjaya menewaskan PAS (2 kerusi). Maka Perdana Menteri melantik Mohamed Yaakob dari UMNO sebagai Menteri Besar Kelantan . Beliau menyandang jawatan itu sehingga 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.[3] Beliau mendapat restu daripada Sultan Kelantan yang menjadi Yang di-Pertuan Agong(1975-1979),Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak pernah menjadi setiausaha sulit Mohamed Yaakob semasa menjadi Menteri Besar Kelantan. Mohamed berusaha menubuhkan Universiti Malaysia Kelantan. Penduduk tapak universiti itu dipindahkan ke Kampung Tok Bali.[4]
UMNO Kelantan tumbang[sunting | sunting sumber]
Pada 1988, Tan Sri Mohamed Yaacob dihujani dengan tuduhan 'bapa rasuah' berikutan pembalakan yang berleluasa di Kelantan.[5] Beliau menafikannya dan bersumpah dengan al Quran.
Tengku Razaleigh Hamzah , putera Kelantan menubuhkan Parti Semangat 46 pada 4 Jun 1989. S46 bekerjasama dengan PAS menumbangkan BN di Kelantan.
Pada 1996, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara .
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
Beliau dirawat kerana mengidap barah paru-paru dan meninggal dunia pada usia 85 tahun. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.50 pagi Selasa 8 September 2009 di Hospital Pantai, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.[6] Jenazah dibawa pulang ke rumah anaknya Dr. Idora di Taman Tun Dr Ismail, disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.[7]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ [Gelora politik Kelantan oleh Abdul Halim Mahmood , 1993]
- ^ Belangsungkawa : Mohamed Yaacob ( Mantan MB Kelantan )
- ^ [Malaysian federalism: conflict or consensus oleh Mohammad Agus Yusoff, Penerbit UKM, 2006]
- ^ "Ayah Mat prihatin masalah rakyat Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-12. Dicapai pada 2011-10-24.
- ^ [Monarchy in South-East Asia: the faces of tradition in transition oleh Roger Kershaw , hlm 109]
- ^ "Former Kelantan MB Mohamed Yaacob dies", The Star, 8 September 2009.
- ^ "Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-12. Dicapai pada 2011-10-24.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kelantan 1978 – 1990 |
Penyandang Kemudian |
Muhamed bin Nasir | Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
- Kematian 2009
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Besar Kelantan
- Kelahiran 1924
- Ahli Dewan Negara Malaysia
- Menteri Pelajaran Malaysia
- Peguam Malaysia
- Kematian akibat kanser paru-paru
- Yang di-Pertua Dewan Negara
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Menteri Besar daripada UMNO