Amar Rohidan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohammad Amar Rohidan)
Jump to navigation Jump to search
Amar Rohidan
Maklumat peribadi
Nama penuhMohammad Amar bin Rohidan
Tarikh lahir (1987-04-23) 23 April 1987 (umur 32)
Tempat lahirKedah
Ketinggian1.72 m (5 ka 7+1116 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniKelantan
Nombor8
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2005–2010Perlis FA89(17)
2011–2012Kedah56(1)
2013Felda United FC21(0)
2014-Kelantan0(0)
Pasukan kebangsaan
2009Malaysia U-2316(3)
2009–Malaysia42(4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga February 28, 2013.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga February 28, 2013

Amar Rohidan (lahir pada 23 April 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bagi pasukan Kelantan dalam Liga Super Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perlis[sunting | sunting sumber]

Amar memulakan kerjaya bola sepak bersama pasukan Perlis FA pada 2005 dan bermain dengan pasukan ini selama enam (6) musim.

Kedah[sunting | sunting sumber]

Kemudian, Amar berpindah ke pasukan jiran tetangga Kedah FA selama dua (2) musim. Beliau memutuskan untuk menandatangani kontrak dengan pasukan baru selepas pasukan Kedah diturunkan bermain dalam Liga Perdana Malaysia untuk musim 2013.

Felda United[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2013, Amar menandatangani kontrak bersama Felda United FC. Amar bersama Felda United untuk hanya satu musim setelah kontraknya tidak disambung.

Kelantan[sunting | sunting sumber]

Musim 2014, Amar menandatangani kontrak 2 musim bersama Kelantan FA[1]. Beliau dijangka menggantikan posisi Mohd Shakir Shaari sebagai pemain tengah bertahan selepas Shakir memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Rasmi Pasukan Kelantan 2014, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), 26 November 2013