Mohammad Fairus Khairuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk

Mohammad Fairus Khairuddin
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Dalam jawatan
Mac 2008 – April 2009
Berkhidmat dengan Ramasamy Palanisamy
Ketua MenteriLim Guan Eng
Didahului oleh Abdul Rashid Abdullah
Digantikan oleh Mansor Othman
Kawasan pilihan rayaPenanti
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
2008–2009
PortfolioHal ehwal agama, Pembangunan keusahawanan dan koperasi, Penerangan dan perhubungan masyarakat
Ketua MenteriLim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaPenanti
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Penanti
Dalam jawatan
2008–2009
Didahului oleh Abdul Jalil Abdul Majid
Digantikan oleh Mansor Othman
Majoriti2,219 (2008)
Butiran peribadi
Lahir (1976-07-02) 2 Julai 1976 (umur 47)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (sejak 2023)
(2010-2023)
(sehingga 2009)
PekerjaanAhli politik

Datuk Mohammad Fairus bin Khairudin (lahir pada 2 Julai 1976) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada 2008[1] hingga meletakkan jawatan pada 2009[2]. Beliau juga ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Penanti mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008 hingga meletakkan jawatan pada 2009, kurang sebulan selepas meetakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri[3].

Mohammad Fairus kemudiannya keluar PKR dan menyertai UMNO pada 28 Februari 2010[4]. Pada Februari 2023, beliau disahkan menyertai PAS[5].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari kerabat DiRaja Kedah dari sebelah nasab almarhum ayahandanya yang mana jalur nasab itu bersambung kepada almarhum DYMM Tuanku Sultan Abdul Hamid Mukarramsyah dan dilahirkan di Guar Perahu, Kubang Semang di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Manakala dari sebelah nasab bondanya, beliau adalah cucu bekas Penghulu Guar Perahu, Abdullah bin Din (Tok Wan Lah) dan cicit kepada Panglima Cha (Panglima Kesultanan Kedah Darul Aman).[perlu rujukan]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Martial arts Philosophy & Science
  • Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies
  • Ijazah Sarjana Sains Politik di United Kingdom.
  • Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Sijil Pengajian Syariah, lulusan Universiti Malaya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga adalah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Selayang dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Beliau memulakan kerjaya awal dengan menyertai beberapa organisasi korporat gergasi tempatan dan antarabangsa, antaranya Hong Leong Assurance, Franklin Covey Malaysia, Ford Motor Company Malaysia, Uni Asia Life Assurance Bhd kemudian menjadi perunding bebas.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah menang kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang dengan 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari Barisan Nasional yang hanya mendapat 667 undi.

Beliau dilantik ke jawatan itu setelah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Memegang portfolio mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.

Meletakkan jawatan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April 2009, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ADUN Penanti berkuatkuasa serta merta.

Menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Februari 2010, beliau mengumumkan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Beliau dilihat bersama dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis Seni Silat Gayong di Ampang, Selangor. Beliau menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Raof Yusoh.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guan Eng umum barisan exco negeri". Malaysiakini. 2008-03-13. Dicapai pada 2023-08-20.
  2. ^ "Fairus letak jawatan timbalan KM". Malaysiakini. 2009-03-21. Dicapai pada 2023-08-20.
  3. ^ "Fairus letak jawatan ADUN Penanti". Malaysiakini. 2009-04-16. Dicapai pada 2023-08-20.
  4. ^ "Mohammad Fairus Keluar PKR, Sertai Umno - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-03-01. Dicapai pada 2023-08-20.
  5. ^ Admin (2023-01-22). "Ratusan pemimpin, ahli Umno Negeri Sembilan mohon sertai PAS - Hadi". MalaysiaPost (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-20.
  6. ^ "Semakan lantikan darjah kebesaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-11-30.