Khai Wahi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi
Kelahiran (1979-11-05) 5 November 1979 (umur 44)
Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2003–kini

Khai merupakan penyanyi dan naib juara Akademi Fantasia Musim 1 yang diadakan pada tahun 2003. Khai dilahirkan pada 5 November 1979 dan berasal dari Tampoi, Johor Bahru, Johor.

Pada 26 April 2008, Khai telah berkahwin dengan Rosma AF1 yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 1. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah hampir lima tahun bercinta. Pada 17 Julai 2009, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish. Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Anak ketiga mereka dilahirkan pada 11 April 2019 dan diberi nama Nur Alya Dhania. Khai dan Rosma merupakan pengasas kepada produk kesihatan Magic Slims. Pada 15 Januari 2015, mereka telah membuka sebuah kafe yang diberi nama Coffee Rich Cafe. [1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Khai berjaya menghasilkan album yang diberi judul Dambaan Pilu pada tahun 2004 dan album kedua berjudul Terbang Tinggi pada tahun 2008.

Pernah berduet dengan Zarina AF2 untuk lagu tema filem Cinta Fotokopi yang bertajuk Cinta Selamanya dan Cinta Fotokopi.

Khai dan Rosma pernah menyertai pertandingan Sehati Berdansa Musim 2 dan tersingkir pada minggu kesembilan iaitu pada 20 Disember 2008. Mereka telah mewakili badan amal Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga pernah berduet dengan isteri beliau iaitu Rosma AF1 untuk lagu Warna Cinta, Hari Raya Bahagia dan yang terbaru untuk lagu Dengan Sekali Lafaz.

Selain itu, pernah berduet dengan Sahri yang juga daripada Akademi Fantasia Musim 1 untuk menyanyikan lagu Hari Raya Bersama.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Dambaan Pilu (2004)
  • Terbang Tinggi (2008)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Watak
2005 Cinta Fotokopi Khai
Potret Mistik Harry
Sembilu 2005 Khai
Telefilem
Tahun Tajuk Watak
2008 Restumu Ibu
Terminal Cinta
2009 10 Terbakar
2011 Kuingin Selalu Disampingmu
Drama
Tahun Tajuk Watak
2010 Soldadu Merah Wartawan
Alang Menanti Malang
2011 Semanis Janji

Projek Lain[sunting | sunting sumber]

Pernah terlibat dalam teater Tari Pentas pada tahun 2006. Selain itu pernah menyertai pertandingan nyanyian Ikon Malaysia pada tahun 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-20. Dicapai pada 2015-12-10.