Mohammad Noordin Sopiee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Noordin bin Sopiee (26 Disember 1944 – 29 Disember 2005) merupakan seorang ahli akademik Malaysia yang dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif untuk Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), sebuah organisasi pemikir di Malaysia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Shamsiah Hashim pada tahun 1968 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki: Johan, Shamsul dan Amirul. Pada 29 Disember tahun 2005, beliau telah meninggal dunia di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Pemimpin tertinggi dan ahli tokoh dari pelbagai bidang telah menghadiri majlis pengebumiannya. Anak bongsunya, Amirul, berkata bahawa dia telah mempelajari banyak perkara daripada bapanya yang seorang yang sederhana dan penuh dengan visi. "Dia akan melakukan apa sahaja untuk negaranya", kata Amirul.

Sepanjang tahun 1963, Sopiee telah menjalankan beberapa siri seminar berkaitan ancaman Indonesia terhadap Malaysia dalam bidang perang psikologi. Seminar ini dijalankan seiring dengan ancaman konfrantasi Indonesia pada waktu itu.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".

Pejabat, Jabatan Penyelidikan Maklumat: Indonesia; 'Radio' Propaganda Siaran Susulan Cubaan Rampasan kuasa. FCO 168/1668. Arkib Negara. London, Kew.