Mohammad Razman Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aman Aziz
Nama lahirMohammad Razman bin Abdul Aziz
Kelahiran (1993-10-18) 18 Oktober 1993 (umur 25)
Berasal dariKlebang, Melaka , Malaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pereka grafik
Tahun aktif2014–kini

Mohammad Razman bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Aman Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014.[1] Lagu debut nyanyiannya berjudul "Without You" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Awi Rafael berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai. Seiring itu, beliau juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1993 di Bukit Rambai, Klebang di negeri Melaka tetapi dibesarkan di Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur sehingga berusia 18 tahun sebelum kedua orang tuanya menetap di kampung mereka di Melaka. Bapa Aman, Abdul Aziz adalah seorang pesara perkilangan, manakala ibunya Rohani Baba adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusaha perniagaan menjahit secara kecil-kecilan. Aman adalah anak bongsu daripada 6 adik-beradik.

Aman menamatkan zaman persekolahan pada 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur. Ketika di bangku persekolahan, beliau banyak menyertai kumpulan dikir barat dan kumpulan nasyid selain bergelar Pengerusi Persatuan Pancaragam Sekolah. Aman kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka grafik di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat selama tiga tahun dengan memperolehi Diploma Seni Reka Grafik dengan kepujian Dekan[2].

Akademi Fantasia 2014[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan pengajian, Aman sempat bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur selama dua bulan. Pada bulan Jun 2014, Aman mencuba nasib secara suka-suka dalam ujibakat Akademi Fantasia Musim 11. Biarpun tebal dengan sikap pemalu, bakat Aman berjaya dilihat oleh para juri, penyanyi Nurul Wahab dan pemuzik Edrie Hashim dengan berbekalkan lagu "Let Her Go" dendangan Passenger. Seterusnya beliau lulus peringkat keempat bersama guru vokal Shafizawati Sharif dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar. Dalam pertandingan itu, Aman bersaing dengan dua belas peserta lain yang kali ini dikemudi oleh penyanyi rock ternama Hattan sebagai pengetua [3]. Aman merupakan satu-satunya peserta yang tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang nyanyian, malahan penglibatannya boleh dikatakan bermula dari kosong[4] . Masalah utama Aman ketika itu adalah akibat kekurangan pengalaman beraksi di pentas besar, dia terpaksa mengharungi kepayahan untuk membuat persembahan dengan yakin dan konsisten gara-gara perasaan gemuruh dan malu yang menebal[5] selain sering mendapat lagu yang tidak sesuai dengan vokalnya.

Aman kekal selamat dari penyingkiran dari minggu pertama sehingga minggu kesembilan, biarpun saban minggu menerima kritikan yang agak keras daripada pengkritik tetap Ramli M.S. dan Raja Azura. Biarpun begitu, undian terhadap Aman tetap tinggi kerana semangat ingin belajar , tidak merungut, mempunyai kesabaran yang tinggi dan disiplin yang kuat ditonjolkan di dalam diari hingga meraih sokongan penonton dan mendapat pujian daripada guru vokal Siti Hajar dan guru komunikasi dan Bahasa Inggeris, Fatimah Abu Bakar. Pada akhir konsert akhir, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua mengalahkan 3 finalis lain dan berada di belakang juara Firman Bansir dari Sabah [6]. Mengakui apa yang dilakukannya hanya untuk membuat ibubapanya berbangga dengannya, Aman berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Perodua MyVi, pakej percutian ke Osaka Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours, beserta trofi. Menariknya, sejak minggu pertama bertanding nama Aman sering menjadi sebutan di laman sosial, termasuk trending dalam Malaysia dan sedunia di laman Twitter selama beberapa kali termasuk pada malam konsert akhir [7]. Kemenangan ini nyata mengejutkan ramai pihak namun Aman bukan saja berjaya menebus kesangsian itu apabila persembahan konsert akhirnya menunjukkan peningkatan yang drastik malahan lagu debutnya, "Without You" meraih perhatian positif pendengar [8] biarpun sebilangan pengamal media dan pemuzik tempatan tidak begitu mengalu-alukan kehadirannya dengan memberi komen yang tidak membina di laman sosial [9], sehingga berjaya menggondol naib juara AF2014.

Persembahan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Minggu Lagu Tugasan Penyanyi Asal Nuansa Keputusan
Minggu 1
Konsert Pengenalan
"Andai Ku Tahu" Kumpulan Ungu Pop Ketuhanan Kekal
Minggu 2
Tema Muzik 90-an
"More Than Words" Kumpulan Extreme Pop Akustik Kekal / #6
Minggu 3
Tema Hits Fantasia
"Hanya Kau Yang Mampu" Aizat Amdan Pop Kekal / #3
Minggu 4
Tema Tribut Komposer
"Tak Pernah Berjumpa" Kumpulan Forteen Pop Reggae Kekal / #6
Minggu 5
Tema Kerohanian
"PadaMu Ku Bersujud" Afgan Syah Reza Ketuhanan Kekal
Minggu 6
Tema Rock
"Itu Kamu"
"Airmata Jernih" Medley
Kumpulan Estranged
Kumpulan Bumi Putra Rockers
Rock Alternatif
Rock
Kekal / #6
Minggu 7
Tema Remy & Sally
"Tiada Kata Secantik Bahasa" P. Ramlee Pop Tradisional Kekal / #3
Minggu 8
Suku Akhir / Tema Pilihan Media
"Kasih Latifah"
"Ku Merindu" (duet Nina Nadira)
Kumpulan Spider
Ella & Shah
Rock Ska
Pop Rock
Kekal / #5
Minggu 9
Separuh Akhir
"Sedetik Lebih"
"Kalau Cinta" (duet Masya)
Anuar Zain
Aliff Aziz & Joanna
Balada
Pop Bubblegum
Kekal / #2
Minggu 10
Konsert Akhir
"Mewangi"
"Without You"
Akim Ahmad
Lagu Baru ciptaan Awi Rafael
Pop
Pop
Naib Juara

Perkembangan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Aman memulakan kerjaya nyanyian dengan sambutan baik pendengar terhadap lagu debutnya "Without You" yang dimuatkan dalam album studio AF2014 Hits. Lagu tersebut menjadi viral di internet streaming sebelum mendapat perhatian stesen-stesen radio. Dalam masa dua minggu, video muzik lagu tersebut telah mencecah 200,000 tontonan. Pada 23 November 2014, lagu "Without You" berjaya memasuki carta Top 40 Era.fm di tangga ke 38 setelah dua minggu disiarkan oleh radio tersebut. Lagu tersebut juga berjaya tersenarai di tangga ke-54 sebagai Lagu Paling Popular 2014 menerusi program Throwback 100 Era 2014 oleh Era.fm.

Selain itu Aman juga dilamar untuk membintangi sebuah telefilem arahan pengarah Michael Ang berjudul "Cinta Suci Jadi Saksi", bergandingan bersama aktres popular Elfira Loy. Untuk percubaan pertama dalam dunia lakonan ini, Aman diberi watak utama sebagai mekanik. Ekoran perhatian yang luar biasa diterimanya pasca AF, nama beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 10 artis baharu yang Astro Gempak simpulkan sebagai yang paling menyerlah untuk tahun 2014 [10].

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik i-Tunes Spotify Hot 100 Era
2014 "Without You" 13 [11] 3 5 [12] 54 AF2014 Hits
2015 "Layang Layang" Aman Aziz
2017 "Sulit" 1 1 2 1 Sulit
2018 "Terdetik Rindu"
duet bersama Shiha Zikir
OST Langsuir

Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Jumlah Tontonan
(60 hari)
Akaun Youtube
2014 "Without You" 1,200,000 Astro Gempak[13]
2015 "Layang-layang" 2,200,000 Astro Gempak
2017 "Sulit" 7,000,000 LMA Talent House
2018 "Terdetik Rindu" &mdash LMA Talent House

Konsert/Jejalah/Program TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Saluran
2014 Diari Akademi Fantasia 2014, Ep. 1 - 50 Astro Ria
Konsert Akademi Fantasia 2014, Ep. 1 - 10 Astro Ria
2015 Diari Fantasia, Ep. Istimewa Aman Astro Ria
Diari Fantasia, Ep. Istimewa Firman Astro Ria
Diari Fantasia, Ep. Cuti-cuti Hong Kong Astro Ria
Projek Ceria bersama Zizan Razak Astro Ceria

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Telefilem Pengarah Watak Saluran
2015 "Cinta Suci Jadi Saksi" Michael Ang Aman Astro Ria
"Ketupat Jantung Hati" Michael Ang Aman Astro Ria
"Aku Benci Raya" Michael Ang Osman Astro Ria
Tahun Judul Siri TV Pengarah Watak Saluran
2015 "Dee - The Musical" Michael Ang Affandi (Episod 1.8) Astro Ceria

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Akademi Fantasia
Tahun Musim Keputusan
2014 Akademi Fantasia Musim 11 Menang
Naib Juara
Anugerah MeleTOP Era
Tahun Kategori Keputusan
2015 Artis Baharu Meletop Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
2014 Artis Baharu Lelaki Popular Dicalonkan
Peringkat Awal
2018 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]