Mohammad Safwan bin Hasnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Safwan bin Hasnan yang lebih dikenali sebagai Wan merupakan pemain dram kumpulan 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1987-04-25) 25 April 1987 (umur 36). Antara lagu yang diciptanya adalah lagu Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa.[1]

Selain bersama 6ixth Sense, beliau juga merupakan pemain dram untuk kumpulan Akim & The Majistret yang popularitinya kian meningkat naik setelah berjaya membolot dua anugerah iaitu Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu 30 dengan lagu Potret ketika mereka berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 pada 24 Januari 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]