Pergi ke kandungan

Mohammed Taufiq Johari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammed Taufiq Johari
Mohammed Taufiq pada 2023
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Menyandang jawatan
17 Disember 2025
RajaSultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Mordi Bimol
Didahului oleh Hannah Yeoh
Kawasan pilihan rayaSungai Petani
Ahli Parlimen
bagi Sungai Petani, Kedah
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Johari Abdul
Majoriti1,115 (PRU-15)
Timbalan Pengerusi PKR Kedah
Menyandang jawatan
31 Julai 2025
PengerusiSaifuddin Nasution Ismail
Maklumat peribadi
Lahir
Mohammed Taufiq bin Johari

(1996-03-06) 6 Mac 1996 (umur 30)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan
PasanganDr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra (k. 2024)
Ibu bapa
SaudaraShuaib Lazim (datuk saudara)
Tempat belajarUniversiti Islam Bandung (MD)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor Perubatan

Dr. Mohammed Taufiq bin Tan Sri Dato’ Dr. Johari (lahir 6 Mac 1996) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sejak 2025 dan Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2022.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohammed Taufiq bin Johari dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapa beliau ialah Johari bin Abdul yang merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2008 sehingga 2022. Beliau mempunyai tujuh adik beradik.

Beliau bersekolah di SMK Gombak Setia, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Bandung dalam bidang perubatan.

Beliau hanya menggunakan gelaran dr selepas mengikuti pengajian perubatan di indonesia, tetapi tidak pernah berdaftar dengan Malaysian Medical Councill sehingga mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak antaranya MCW menuntut supaya beliau membuktikan dokumen rasmi beliau tamat pengajian sebagai doktor perubatan dan dokumen pengesahan beliau beramal sebagai pengamal perubatan.

Karier politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sungai Petani.[1]

Menteri Belia dan Sukan (2025-kini)

[sunting | sunting sumber]

Pelantikan

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Disember 2025 Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Dr. Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu akan menggantikan Hannah Yeoh.[2] Pada 17 Disember 2025, Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama 14 orang Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu telah mengangkat sumpah di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.[3]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parliament of Malaysia[4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P015 Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari (PKR) 50,580 38.91% Robert Ling Kui Ee (BERSATU) 49,465 38.05% 131,447 1,115 77.85%
Shahanim Mohamad Yusoff (UMNO) 27,391 21.07%
Marzuki Yahya (PEJUANG) 2,342 1.80%
Tan Chow Kang (PRM) 226 0.17%
  1. Calon PRU Taufiq Johari
  2. "TERKINI: Kabinet baharu Kerajaan MADANI". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). 2025-12-16. Dicapai pada 2025-12-17.
  3. BERNAMA (2025-12-17). "7 menteri, 8 timbalan menteri selesai angkat sumpah". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-17.
  4. "The Star Online GE15 Kedah". election.thestar.com.my.