Mohammed Zain Tajuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mohammed Zain Tajuddin (Monte Zain) merupakan bekas Guru Bahasa Inggeris di Alor Setar,Kedah. Kini beliau menetap di California Amerika Syarikat sebagai pesara pegawai tentera. Beliau telah menulis buku 'Out of Malaya' pada tahun 1996.[1]

Pada 1949, beliau mendorong Senu Abdul Rahman dan Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary yang kurang tahu berbahasa Inggeris supaya datang dan belajar di Amerika Syarikat (1952).

Beliau sendiri berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi Pegawai Waran Tentera Amerika pada 1966 dan telah turut berjuang dalam Peperangan Korea dan juga dalam konflik Peperangan Vietnam. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Alor Setar pada usia 20 tahun . Beliau belayar dengan kapal laut ke dunia baru Amerika Syarikat untuk menjadi pelakon Hollywood. Namanya ditukar kepada 'Monte Zain'. Pada Jun 1947, setibanya beliau di New York City, tanpa mengenali sesiapa beliau telah terpaksa berjalan tanpa arah seorang diri di sekitar Harlem dan New York Central Park , terpaksa tidur di stesen kereta api, tidur di kerusi taman dan di tepi pantai. Namun, setelah berjaya menemui seorang lagi lelaki Melayu yang bernama Santos, beliau telah di jemput untuk tinggal bersama dengan Santos sekeluarga dan telah kemudiannya mendapat pekerjaan di Pelabuhan New York sebagai seorang Buruh Kasar.

Kemudian bersama rakan beliau, seorang bekas Kelasi Kapal dari Indonesia bernama Adnan, beliau telah menaiki bas Greyhound dari New York City hingga ke California. Beliau kemudiannya telah mendaftarkan diri di Kolej Komuniti untuk mempelajari bidang seni lakonan. Walaupun terpaksa bekerja tiga shif sebagai pelayan restoran untuk menyara dirinya dan keluarganya di Tanah Melayu, sambil itu , belaiu tetap nekad untuk terus belajar. Beliau juga tidak lupa menghantar USD5.00 setiap bulan kepada kawannya dalam Saberkas supaya mereka juga akan dapat datang belajar di Amerika. Dua orang rakan beliau Senu Abdul Rahman (Tan Sri, Datuk), dan Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary (Tan Sri, Datuk) telah mengikuti jejak langkah beliau dan turut bekerja di atas kapal serta mendarat di California dan di sambut oleh beliau. Azam beliau adalah untuk membantu seberapa ramai rakan yang boleh agar mereka akan dapat menimba ilmu pengetahuan di Amerika sebelum pulang semula ke Tanah Melayu untuk menyumbang ilmu dan tenaga dalam proses mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British.


Perang Korea[sunting | sunting sumber]

Selepas bertemu dengan dua rakannya, beliau telah memutuskan untuk menyertai tentera Amerika Syarikat - demi kelangsungan hidup. Semasa Perang Korea, Tentera Amerika membuat kerahan tenaga dan secara tidak sengaja beliau tertangkap. Untuk menyelamatkan diri, dia mengaku sebagai keturunan Polinesia dari pulau Hawaii. Oleh kerana beliau telah bersekolah di sekolah Inggeris ketika di Kedah, kebolehan dan kemahirannya berbahasa Inggeris telah memberikan peluang kepada beliau untuk di latih di bawah Kor Risikan Tentera ketika berkhidmat di Korea.

Beliau menjadi warganegara Amerika dan menetap di California dan hidup bersama dengan isteri beliau Miyoko (Mariam Abdullah). Pada 7 September 2011, mereka telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-55.

Beliau berjumpa dengan Miyoko ketika bersama dengan Pasukan Tentera Marine Amerika pada 1955 di Okinawa,Jepun. Mereka telah berkahwin pada 7 September 1956 dan telah di kurniakan dengan empat orang cahaya mata. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Semboyan tentera Amerika dan di tempatkan di Germany sebelum di lantik sebagai Penasihat Ketenteraan di Kedutaan Besar Amerika di Bangkok sebelum bersara opsyen untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan perkapalan di Hong Kong selama dua tahun. Kemudian beliau telah pindah semula balik ke California. Pada ketika usia beliau di sekitar 60'an, beliau telah mendaftarkan diri di University of Southern California (USC) dan mempelajari bidang penulisan dan juga seni penulisan perfileman. Beliau telah menulis beberapa episod untuk filem Walker Texas Ranger selain daripada diterima sebagai ahli dalam The American Screen's Writers Associations.

Dalam perfileman, Monte Zain meminati Sabu 'The Elephant Boy'. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]