Mohan Thangarasu
Mohan Thangarasu DPSM (Melaka), KMN, PJK, PMP | |
|---|---|
| Naib Presiden Kongres India Malaysia | |
| Menyandang jawatan 27 November 2021 | |
| Dalam jawatan 2018–2021 | |
| Ahli Dewan Negara Malaysia | |
| Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 1 Disember 2020 – 5 November 2022 | |
| Dalam jawatan 16 November 2017 – 15 November 2020 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohan a/l Thangarasu 18 Mac 1973 Batu 14, Puchong, Selangor |
| Parti politik | MIC |
| Gabungan politik lain | BN |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Mohan Thangarasu (lahir 18 Mac 1973) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Senator selama dua penggal (2020-2022 & 2017-2020). Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Naib Presiden MIC bersama T. Murugiah dan Datuk M. Asojan.[1]
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Datuk T. Mohan berasal dari Batu 14, Puchong, Selangor. Beliau memulakan alam persekolahan di SK (L) Bukit Bintang dan meneruskan peringkat menengah di SMK Puchong Batu 14. Beliau melanjutkan pengajian tertinggi di Kolej WIT dan Institut Megatech dalam bidang Elektrik dan Elektronik.
Datuk T.Mohan terah berkahwin dengan Datin S. Logeswari yang merupakan pembaca berita Tamil di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan mempunyai 4 orang anak, Tivyan Mohan (16 tahun),Reyshmon Mohan (14 tahun), Nityan Mohan (13 tahun) dan Mithraasree Mohan (8 tahun).
Beliau mula melibatkan diri dalam politik semasa berumur 26 tahun sebagai Ketua Pemuda MIC cawangan Puchong Camp Village. Pada tahun 2003, beliau telah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Puchong. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Koordinator Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan pada tahun 2008. Pada tahun 2009 saya telah dipilih sebagai Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.
Datuk T.Mohan menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang kejuruteran di Puchong, Selangor.
Jawatan NGO dan Sukan
[sunting | sunting sumber]i)Presiden, Malaysian Indian Football Association (MIFA)(dari 2009 -2021) ii)Pengerusi, Malaysian Indian Sports and Cultural Foundation (MISCF)(dari 2012) iii)Presiden, Malaysian Karate Hayashi-Ha Association iv)Naib Presiden, Malaysian Kabaddi Association (2008) vi)Presiden, Selangor Kabbadi Association (2004-2013)
LAIN - LAIN
i)Patron,Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Rita, Kapar, Klang(Rita Home) ii)Pemegang Amanah, Kassim Chin Humanity Foundation iii)Penasihat, Kuil Sri Maha Mariamman,Batu 14, Puchong, Selangor
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Pembangkang | Undian | Peratus | Kerajaan | Undian | Peratus | Bebas | Undian | Peratus | Keseluruhan | Majoriti | Peratus | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Amirudin Shari (PKR) | 11,015 | 57.47% | Mohan Thangarasu (MIC) | 7,376 | 38.49% | Azmi Hussain (Bebas) | 379 | 1.98% | 19,165 | 3,639 | 74.51% | ||
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran yang diterima oleh beliau[3]
Malaysia
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat, Kesatria Mangku Negara (KMN) - 2006
Melaka
Darjah Kebesaran Seri Melaka Pangkat Keempat, Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2013)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ https://www.nst.com.my/news/politics/2021/11/749325/mohan-murugiah-retain-mic-veep-position
- ↑ "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-19. Dicapai pada 12 May 2013. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ Semakan penerima darjah kebesaran dan pingat
