Mohanadas Nagappan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"N. Mohanadas" dilencongkan di sini.
Di dalam nama orang India, nama Nagappan ialah nama bapa, bukannya nama keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Mohanadas.

Dato' Mohanadas Nagappan merupakan rakyat Malaysia yang kedua yang berjaya menakluki gunung Everest yang terletak di Himalaya. Mohanadas tiba ke puncak gunung Everest 15 minit selepas M. Magendran. Mereka berdualah yang bertanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung Everest.[1] Beliau melangkah ke puncak Everest pada 23 Mei 1997, jam 12:10 pagi, selepas Magendran yang tiba pada jam 11:55 pagi.[2][3] Kedua-dua pendaki gunung itu merupakan sebahagian daripada program "Malaysia-Everest Project 97" yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pendudukan Gunung Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama mereka ialah M. Moorthy (Moorthy Maniam).

Tahun 1997 juga meraikan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Malaysia.[4] Pada 2000, Mohandas dan Magendran diabadikan dalam setem pos mereka, tiga tahun selepas melakukan pendakian ke Everest.[5][6]

Pada 11 Julai 2010, Mohanadas dan Magendran dikurniakan darjah kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-72 keputeraan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[7]

Pada 25 Mei 2017, Mohanadas dan Magendran meraikan ulang tahun ke-20 misi kembara mereka ke Everest.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A mountain of memories". The Star. Jun 6, 2017. Dicapai December 19, 2017. 
  2. ^ The Malaysia Book of Records (1995–2012). "The Best Records of the Year". Malaysiarecords.com.my. Dicapai 19 July 2013. 
  3. ^ Sambutan Kemerdekaan (1997). "Mount Everest Expedition". Malaysiamerdeka.gov.my. Diarkibkan daripada asal pada 18 May 2013. Dicapai 19 July 2013. 
  4. ^ The UK Statute Law Database: Federation of Malaya Independence Act 1957 (c. 60). Retrieved 19 July 2013
  5. ^ Siribp Milenium III semangat Malaysia
  6. ^ Malaysia at Random. At Random Series. Editions Didier Millet. 2010. m/s. 75. ISBN 9814217956. Dicapai 20 July 2013. 
  7. ^ "Dua pendaki Everest kini bergelar Datuk". Kosmo!. 11 Julai 2010. Dicapai 21 Disember 2017. 
  8. ^ Nizha Periaswamy (25 Mei 2017). "Genap 20 tahun Magendran, Mohandas tawan Everest". Free Malaysia Today. Dicapai 19 Disember 2017. Majlis ulangtahun ke-20 pendakian itu mengimbas aksi Magendran dan Mohandas mengibarkan Jalur Gemilang di puncak dunia dengan ketinggian 8,850 meter (29,029 kaki) dari paras laut. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]