Adib Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Adib bin Mohamad Adam)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yang Berbahagia Datuk Seri Haji

Mohd Adib Mohamad Adam

DGSM (Melaka)
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan
Dalam jawatan
17 Julai 1984 – 11 Ogos 1986
Didahului olehDato' Seri Rais Yatim
Digantikan olehDatuk Dr. Sulaiman Daud
Menteri Penerangan Malaysia
Dalam jawatan
1982 – 1984
Didahului olehDato' Mohamed Rahmat
Digantikan olehDato' Seri Rais Yatim
Ketua Menteri Melaka ke-5
Dalam jawatan
11 Julai 1978 – 26 April 1982
Didahului olehAbdul Ghani Ali
Digantikan olehAbdul Rahim Tamby Chik
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P095 Alor Gajah
Dalam jawatan
14 Jun 1982 – 4 Oktober 1990
Didahului olehRahim Thamby Chik
Digantikan olehDatuk Ibrahim Jendol
Majoriti15,582 undi (PRU-7)
20,068 undi (PRU-6)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N08 Ayer Panas
Dalam jawatan
1978 – 1982
Majoriti(PRU-5)
Butiran peribadi
Lahir(1941-07-02)2 Julai 1941
Meninggal dunia21 September 2022(2022-09-21) (umur 81)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan Negeri, Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Bendera BERSATU.svg BERSATU (2018-2022)
Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
PasanganDatin Seri Zainiah Hussein
Anak-anak• Aida
• Ahmad Azuwar
• Ahmad Azam
• Azdarlina
PekerjaanAhli politik, Korporat

Datuk Seri Haji Mohd Adib bin Haji Mohamad Adam (2 Julai 1941 – 21 September 2022) merupakan seorang ahli politik dan kini tokoh korporat yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Melaka yang kelima dari 11 Julai 1978 – 26 April 1982. Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka. Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah di Kuala Selangor. Seterusnya meletak jawatan dan menjadi Setiausaha eksekutif di ibu pejabat UMNO, PWTC. Pada tahun 1971, beliau dilantik sebagai Atase Maklumat kepada Kedutaan Malaysia di Belanda.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya sulungnya, Aida Mohd. Adib dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1976. Aida belajar di Convent Bukit Nanas School dan belajar Undang-undang di South Bank University London.

Anak keduanya, Ahmad Azuwar Mohd. Adib dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1968. Azuwar bersekolah di Sekolah Alam Shah dan belajar undang-undang dan sosiologi di Universiti Keele.

Anak ketiganya, Ahmad Azam lahir di Kuala Lumpur 1967. Dia bersekolah di Sekolah Alam Shah dan belajar jurusan Pengajian Perniagaan di Richmond College University, London.

Anak keempatnya, Azdarlina lahir pada tahun 1989. Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (M) dan belajar jurusan kejuruteraan komunikasi di Kolej university damansara utama.

Ketua Menteri Melaka[sunting | sunting sumber]

Selepas memenangi kerusi DUN Ayer Panas di dalam Pilihan raya Umum 1978, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn telah melantik beliau menggantikan Datuk Setia Haji Abdul Ghani Ali sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982. Ketika dilantik beliau baru berumur 37 tahun dan telah menjadi ketua menteri selama empat tahun. Tempat bliau kemudiannya diganti oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 1982.[1] Selaku Ketua Menteri, beliau telah merasmikan Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba pada 21 Jun 1981 dan juga merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba.

Jemaah Menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau menang bertanding di parlimen Alor Gajah, Melaka. Apabila Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1981, Dato' Mohamed Rahmat digugurkan sebagai Menteri Penerangan dan tempatnya digantikan oleh Dato' Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam (1982-1984). Seterusnya beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan dari 17 Julai 1984 - 11 Ogos 1986 dan berperanan untuk memimpin Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Buku biografi[sunting | sunting sumber]

  • Datuk Seri Adib bin Adam - oleh Siti Rohana Omar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
11 Julai 1978 – 26 April 1982
Penyandang Kemudian
Abdul Ghani Ali
Rahim Thamby Chik