Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mohd Aidil Zafuan
Malaysia syria.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir (1987-08-03) 3 Ogos 1987 (umur 32)
Tempat lahirSeremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Ketinggian1.78 m (5 ka 10+18 in)[1]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Takzim FC
Nombor7
Kerjaya remaja
2004–2005Negeri Sembilan President's Cup Team
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2011Negeri Sembilan FA220(29)
2011–2012ATM FA43(4)
2012–Johor Darul Takzim FC58(3)
Pasukan kebangsaan
2004–2006Malaysia Malaysia B-2010(0)
2007–2009Malaysia Malaysia B-2316(2)
2007–2016Malaysia Malaysia59(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga July 23, 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga July 23, 2014

Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (lahir 3 Ogos 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Johor di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pada Julai 2016, beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakannya yang lain, antaranya ketua pasukan Safiq Rahim.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pasukan Remaja Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.

Bersama Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia

Pasukan Bawah 23 Tahun Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pestabola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.

Pasukan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea F.C..

Pada 14 Julai 2016,beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aidil telah melansungkan perkahwinan bersama pelakon Rita Rudaini yang ketika itu berusia 32 tahun pada Februari 2008 di Songkla Thailand. Beliau telah dikurniakan dua orang anak lelaki. Aidil Zafuan telah pun bercerai atas dasar peribadi. Selepas itu, beliau berkahwin dengan Zarema Zainal dan dikurniakan cahaya mata bernama Ayden Zeeyad.[perlu rujukan]

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 18 Julai, 2007 Shah Alam, Malaysia  Kemboja 6-0 (M) Persahabatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aidil Zafuan". Official website of Johor Darul Ta'zim FC. Dicapai 17 December 2017. 
  2. ^ "7 AIDIL ZAFUAN". Johorsoutherntigers.com.my. Dicapai 22 November 2017. 
  3. ^ "Goal Asia Team of the Month - July 2013 - Centre-back: Aidil Zafuan (Malaysia, Johor Darul Takzim)". Goal.com. Dicapai 22 November 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]