Pergi ke kandungan

Mohd Ali bin Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Ali bin Ismail
Juga dikenali
sebagai
Ali Terra Rossa/Ali XPDC
Kelahiran (1968-10-23) 23 Oktober 1968 (umur 56)
Selangor Klang, Selangor, Malaysia
GenreRock, Metal, Kerohanian
PekerjaanPenyanyi Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1988 Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanTerra Rossa, XPDC, Mpire
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriSharifah Azuwanna Syed Joned (m. 2025)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mohd Ali bin Ismail (lahir 23 Oktober 1968) lebih dikenali sebagai Ali Terra Rossa atau Ali XPDC merupakan salah seorang penyanyi rock terkenal Malaysia.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Mohd Ali dilahirkan pada 23 Oktober 1968 di Klang, Selangor dan merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik. Memiliki ketinggian 5'9'' dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Dato Hamzah, Port Klang, Selangor.

Kerjaya nyanyian

[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa. Setelah menghasilkan dua buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

Apabila Mael meninggalkan kumpulan XPDC sebagai penyanyi pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

Pada penghujung 2005 pula, Ali disingkirkan dari Kumpulan XPDC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah disingkirkan dari Kumpulan XPDC, Ali bersama beberapa orang pemuzik lain telah menubuhkan pula Kumpulan Mpire pada penghujung 2005. Namun kumpulan tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan keadaan pasaran muzik tempatan yang suram.

Kemudian Ali kembali menyanyi secara solo dan single terbarunya berjudul Sepi Rindu telah diterbitkan oleh LIFE Records & diterbitkan pada tahun 2011.

Pada tanggal 15 hingga 17 Mac 2013, Ali bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani SlamSaleem IklimAris Ariwatan dan Rahmad Mega menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Ali kemudiannya mengumumkan beliau telah berhijrah dan menghasilkan album baru yang lebih bercirikan kerohanian. Album tersebut mendapat kerjasama dari penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus sebagai penulis lirik.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Bersama Terra Rossa

[sunting | sunting sumber]
  1. Bunga Angkasa 
  2. Epigoni 
  3. Biarkanlah 
  4. Parasit Cinta Disula 
  5. Kanvas Mimpi 
  6. Bukti Kesangsian 
  7. Coretan Durjana
  8. Kronologis 
  9. Cinta Berduri 
  10. Ratapan Memori Usang 
  1. Suratkhabar Lama
  2. Gering
  3. Happy Go Lucky
  4. Mungkir
  5. Paksi
  6. S.O.V
  7. Setelah Hujan
  8. Versi Kontra
  9. Juvana Kemana
  10. KehendakNya

Album Solo

[sunting | sunting sumber]

Ali Terra Rossa (1996)

[sunting | sunting sumber]
  1. Terjemahan Cinta
  2. Kita
  3. Jujur
  4. Angan Angan
  5. Permata Cinta
  6. Kau Yang Pertama
  7. Perjalanan
  8. Segala Yang Ku Impikan
  9. Penggoda Kotaraya
  10. Kasih
  11. Bunga Angkasa (Lagu Popular - Terra Rosa)

Sepi Rindu (2011) - Single

[sunting | sunting sumber]

Maghfirah Mu (2013) - album kerohanian

[sunting | sunting sumber]

Bersama XPDC

[sunting | sunting sumber]

Metal 50'60'an (1998)

[sunting | sunting sumber]

Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara (1998)

[sunting | sunting sumber]

Un'metal (April 2000)

[sunting | sunting sumber]

Real N Reality (November 2000)

[sunting | sunting sumber]

Un'metal II (2003)

[sunting | sunting sumber]

Mdley Rugged (2005)

Doa (2018)

Bersama Mpire

[sunting | sunting sumber]

Mpire (2007)

[sunting | sunting sumber]
  1. Prolog
  2. Angan Sang Taring
  3. Berasap Berabuk
  4. Peringatan Dari Yang Satu
  5. Kuda Ranggi
  6. Mereng
  7. Siapa Bilang Aku Tak Sayang
  8. Hasrat
  9. Merdeka
  10. Jangan Tunggu Lama-Lama
  11. Jadi Kita

Bidang lakonan

[sunting | sunting sumber]

Ali sempat mencuba bakat dalam bidang lakonan sewaktu bersama XPDC pada tahun 2003, iaitu menerusi telemovie berjudul Sugeh, Apa Nak Dikata dan Sakinah.