Mohd Annuar Zaini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tan Sri Dato' Seri

Mohd Annuar Zaini

PSM; DSA (Perak); SPDK (Sabah); SPMP, DPMP (Perak); PMP, AMP (Perak)
Yang Dipertua
Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak
Memegang jawatan
1 Januari 2021
RajaSultan Nazrin Shah
Didahului olehWan Mohd Zahid Mohd Noordin
Ahli Dewan Negara Negeri Perak
Memegang jawatan
Februari 2004
RajaSultan Azlan Shah
(Sehingga 2014)
Sultan Nazrin Shah
(Sejak 2014)
Pengerusi BERNAMA
Dalam jawatan
2004–2010
MenteriMenteri Penerangan
Abdul Kadir Sheikh Fadzir (2004-2006)
Zainuddin Maidin (2006-2008)
Ahmad Shabery Cheek (2008-2009)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Rais Yatim (2009-2010)
Didahului olehKalimullah Masheerul Hassan
Digantikan olehAbdul Rahman Sulaiman
Penasihat Khas Perdana Menteri Malaysia
mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Dalam jawatan
2007–2009
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehJawatan diperkenal
Digantikan olehShahidan Kassim
Butiran peribadi
LahirMohd Annuar bin Zaini
(1951-10-16) 16 Oktober 1951 (umur 70)
Taiping, Perak
PasanganPuan Sri Datin Seri Zavirah Shaari
PekerjaanAhli perniagaan

Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini merupakan tokoh pentadbiran di Malaysia. Beliau kini merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, merangkap Ahli Dewan Negara Negeri Perak. Beliau pernah menjadi Pengerusi BERNAMA selama enam tahun.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bapanya seorang anggota polis yang bersara dari perkhidmatan polis pada tahun 1983. Semasa bersekolah, Mohd Annuar telah mendapat anugerah pelajaran dari Tabung Kebajikan Kelab PDRM Ipoh yang diusahakan oleh Hanif Omar (Tun) ketika menjadi Ketua Polis Daerah Ipoh.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dari 1981-1986 beliau menjadi Setiausaha Sulit Kanan Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri, termasuk pada waktu Peristiwa Memali 1985. Dari tahun 1991-1993, beliau menjadi Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Perak. Tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Perak dan bersara pada 1999.

Sejak Februari 2004, Dato’ Mohd Annuar bin Zaini menjadi Pengerusi Bernama. Sejak 2004 DYMM Sultan Perak melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara Perak. Kemudian dipilih menjadi Distinguished Fellow kepada Institut Kajian Strategik Dan Hubungan Antarabangsa (ISIS) dan ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Mohd Annuar bin Zaini telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara mulai 30 Ogos 2007 dan sebagai Ketua Eksekutif mulai 1 September 2008.[1]

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat Berjaya Group, milik taikun Vincent Tan. Selain itu beliau menjadi pengerusi Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Februari 2009, Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Seri Azlanii yang membawa gelaran Dato' Seri kepada beliau di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak[2]. Darjah Kebesaran Khas tersebut dikurnaiakan bersempena sambutan jubli perak pemerintahan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Pada 2019, Istana Kelantan menarik balik Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Dato' berkuat kuasa 1 Mac[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mengenai Perlantikan YBhg. Dato' Mohd Annuar Zaini Sebagai Penasihat Khas, Pejabat Perdana Menteri.
  2. ^ "Perak Mufti and former IGP to receive DSA award". The Star. 3 Februari 2009. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  3. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (3 Mac 2019). "Sultan Kelantan tarik balik Darjah Kebesaran Annuar Zaini". Berita Harian. Dicapai pada 13 Disember 2020.