Mohd Anuar Mohd Tahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YB Datuk Wira Haji
Mohd Anuar Mohd Tahir
DCSM (Melaka)
Mohd Anuar Mohd Tahir.jpg
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia
Memegang jawatan
2 Julai 2018
RajaAl-Sultan Abdullah
MenteriPakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Baru Bian
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Rosnah Rashid Shirlin
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Temerloh
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehPAS logo.svg Nasrudin Hassan
Setiausaha Agung AMANAH
Dalam jawatan
2015–2019
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehDatuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli
Butiran peribadi
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg (AMANAH)(2015–kini)
PAS logo.svg(PAS) (2003–2015)
Parti Keadilan Rakyat logo.svg(KeADILan) (1999–2003)
UMNO (Malaysia).svg(UMNO) (–1998)
PasanganDatin Wira Hajah Azizah Che Mat[1]
PekerjaanAhli politik

YB Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir adalah Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Temerloh yang sinonim[nyatakan menurut siapa?] dengan kepemimpinan badan-badan dakwah Islam dan politik. Justeru saudara Anuar Tahir mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kaya dalam bidang organisasi.[perlu rujukan] Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam ABIM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan belia Islam seperti IIFSO[perlu rujukan] yang berpengkalan di Kuwait, WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi. Sebagai seorang pemimpin tertinggi ABIM, saudara Anuar juga terlibat dalam kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mohd Anuar Mohd Tahir adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sebelum daripada itu beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (keADILan) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Beliau bertanding atas tiket parti Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dipecat dari ahli UMNO.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kawasan Bintong di atas tiket PAS namun tewas kepada Md Isa Sabu (BN- UMNO).

Jawatan terakhir beliau di dalam PAS adalah sebagai Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan. Mohd Anuar Tahir aktif dalam bidang dakwah, sosial dan kemanusiaan.

Pada 18hb April 2009, Mohd Anuar Tahir telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Perlis dalam pertandingan mesra tiga penjuru.

Sekarang beliau menjadi Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH).[2] Beliau mendakwa bahawa Parti Amanah Negara memiliki 60,000 pnedaftar ahli dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan pada tahun 2015.[3]

Politik[sunting | sunting sumber]

Mohd Anuar Tahir telah membuat keputusan luar biasa. Beliau bermula dengan UMNO, Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH). Lebih menarik, saudara Anuar membidani kelahiran KEADILAN dan AMANAH apabila menjadi antara pengasas dan Setiausaha Agung pertama bagi kedua-dua parti tersebut"

Isu semasa[sunting | sunting sumber]

Majikan larang pekerja bersolat[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2009, Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir kesal tindakan majikan melarang pekerja solat Jumaat.Syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Syarikat MLM ini adalah syarikat dari Korea Selatan yang mempunyai cawangan di Kangar, Perlis.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka
    • MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]