Mohd Azman Abdul Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd. Azman Abdul Rashid merupakan Tokoh Guru Kebangsaan 2012 dan bekas Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Klang,Selangor.

Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Datuk Omar Mohd Hashim terpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010, Lim Ai Lee @ Lim Irene. Datuk Hassan Harun dari sekolah swasta Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Wadi Sofia, Kota Bharu, Kelantan dianugerah 'Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012'. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]