Pergi ke kandungan

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
محمّد عسماوي فكري عبدالغني
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Nenggiri
Menyandang jawatan
17 Ogos 2024
Didahului olehMohd Azizi Abu Naim
(PNBERSATU)
Majoriti3,352 (2024)
Ketua Pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Kelantan
Menyandang jawatan
31 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua Pemuda NegaraMuhamad Akmal Saleh
Naib Ketua PemudaMohd Sharizal Semsuddin
Didahului olehNoor Hariri Mohamed Noor
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani

(1986-09-11) 11 September 1986 (umur 38)
MalaysiaKelantan Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganNoor Khamilaa Mohd Zain (k. 2010)
Anak3
PendidikanSekolah Kebangsaan Gua Musang
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra
Tempat belajarUniversiti Utara Malaysia (BBA)
PekerjaanAhli politik

Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani (Jawi: محمّد عسماوي فكري بن عبدالغني; lahir 11 September 1986), juga dikenali sebagai Awie, merupakan ahli politik Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Nenggiri. Beliau adalah ahli, Ketua Pemuda Negeri Kelantan dan Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Gua Musang, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau adalah satu-satunya daripada 2 wakil BN dan UMNO di empat negeri yang dikuasai Perikatan Nasional.[1][2]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani was born in Gua Musang, Kelantan, Malaysia on 11 September 1986. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gua Musang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra. Selepas menamatkan Tingkatan 6, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2019.

Kerjaya perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Mohd Azmawi Fikri telah berkhidmat sebagai pengurus untuk Kaz Tech Enterprise sejak 2006, pengarah urusan AF Eighty Six Squad Sdn Bhd sejak 2020, ahli lembaga pengarah FELCRA dari 2022 hingga 2023, dan ahli lembaga pengarah untuk Institut Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Pemprosesan & Kejuruteraan FELCRA sejak 2023.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Mohd Azmawi Fikri pernah berkhidmat sebagai Ketua Komunikasi Pemuda UMNO Kelantan (2018–2023) dan Naib Ketua Pemuda UMNO Kelantan (2022–2023). Kini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda bahagian Gua Musang sejak 2018 dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan sejak 2023.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mohd Azmawi Fikri berkahwin dengan Noor Khamilaa Mohd Zain pada 2010 dan mempunyai 3 orang anak.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2024 N43 Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (UMNO) 9,091 61.35% Mohd Rizwadi Ismail (BERSATU) 5,739 38.65% 14,830 3,352 73.88%
  1. ^ Kasthuri Jeevendran (17 Ogos 2024). "Ini bukan kemenangan saya seorang sebaliknya kemenangan besar parti – Awie". Malaysia Gazette. Dicapai pada 19 Ogos 2024.
  2. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (17 Ogos 2024). "Terima kasih pengundi kerana pilih saya - Mohd Azmawi". Berita Harian. Dicapai pada 19 Ogos 2024.