Pergi ke kandungan

Mohd Azraai Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr.
Mohd Azraai bin Kassim

PJN PMP
Dalam jawatan
15 Februari 2019 – 10 Mac 2021
Didahului olehHassan Said
Digantikan olehRoziah Mohd Janor
Maklumat peribadi
Lahiroccupation
(1958-07-15) 15 Julai 1958 (umur 66)
Perak Perak
Matioccupation
Tempat semadioccupation
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • occupation

Yang Berbahagia Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim merupakan Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dilantik bermula 15 Februari 2019 menggantikan Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said yang telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya pada Januari 2019.[1]

Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dilahirkan di Perak Darul Ridzuan pada 15 Julai 1958. Beliau memulakan karier pada tahun 1983 sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan pernah memegang beberapa jawatan penting di universiti tersebut, termasuklah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dari tahun 2009 hingga 2012 dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dari tahun 2012 hingga 2015.


Sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Naib Canselor UiTM, Datuk Azraai merupakan Pengarah Urusan dan CEO UTMSPACE sejak tahun 2015. Selain kerjaya dalam bidang akademik yang cemerlang, beliau juga merupakan ahli bagi beberapa badan profesional.


Datuk Azraai juga merupakan Felo di The Institution of Engineers Malaysia (IEM). Beliau telah meneribitkan dua buku berkenaan kepimpinan akademik, 155 jurnal dan prosiding yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, 5 projek penyelidikan antarabangsa, 21 projek penyelidikan nasional dan 19 projek konsultansi yang bernilai RM6.03 juta.

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]
  • PhD Kejuruteraan Alam Sekitar, University of Newcastle (1992)
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Kesihatan Awam, University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1983)
  • Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1981)

Pengalaman Kerjaya

[sunting | sunting sumber]
  • Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia (2000)
  • Dekan School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE) (2004)
  • Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi Malaysia (2009)
  • Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (2012)
  • Pengarah Urusan dan CEO, UTMSPACE (2015)

Keahlian Profesional

[sunting | sunting sumber]
  • Member, Malaysian Society for Engineering & Technology (MySET)
  • Member, International Water Association (IWA), UK
  • Member, The Malaysian Water Association (MWA)
  • Member, Environmental Management and Research Association of Malaysia (ENSEARCH)
  • Member, Environmental Professionals Register of Malaysia (EPRM)
  • Fellow, Institution of Engineers Malaysia (IEM)
  • Registered Professional Engineer, Board of Engineers Malaysia (BEM)
  • Registered ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE)
  • Member, Harvard Business School Alumni Club of Malaysia

Anugerah Negeri-Negeri di Malaysia

Tahun Nama Anugerah Pemberi Anugerah
2019 Panglima Jasa Negara (P.J.N.) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
1999 Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah

Anugerah Antarabangsa dan Kebangsaan

Tahun Nama Anugerah Pemberi Anugerah
1996 Anugerah Kepujian Universiti Universiti Teknologi Malaysia
2004 Anugerah Penyelidikan 2004 Peringkat UTM (Water Research Group) Universiti Teknologi Malaysia
2006 Anugerah Khas Kepimpinan Peringkat School of Professional and Continuing Education Universiti Teknologi Malaysia
2007 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Staf Peringkat School of Professional and Continuing Education Universiti Teknologi Malaysia
2010 Silver Medal Award for SMReactor: Produced Water Treatment for Oil and Gas, INATEX Universiti Teknologi Malaysia
2012 Gold Medal Award for SMReactor: Produced Water Treatment for Oil and Fas, ITEX Universiti Tenaga Nasional
2012 Gold Medal Award for SMReactor: UF Membrane at Britist Invention Show 2012 The British Invention Show
2014 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Teknologi Malaysia
2015 Anugerah Jasa Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia
2016 Anugerah Jasamu Dikenang Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia
2015 Anugerah Jasa Setia Universiti Teknologi Malaysia
2016 Anugerah Jasa Abadi Universiti Teknologi Malaysia