Mohd Daud Tarihep

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Daud bin Hj Tarihep (lahir 18 Februari 1952 - 3 April 2018 ) [1][2][3][4][5][6] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor selama sepenggal (2004-2008) dan mantan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Mohamed Rahmat.

Mohd Daud Tarihep
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Selangor
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Mohamed Sayuti Said
Digantikan oleh Dzulkefly Ahmad
Majoriti13,662 (PRU-11)
Butiran peribadi
Lahir18 Februari 1952
Kampung Sepakat, Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia)
Meninggal dunia3 April 2018 (66 tahun)
Hospital Seri Manjung, Manjung, Perak
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganZuraidah Abdul Halim
Anak-anak7 orang
ProfesionAhli Politik

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Daud Tarihep bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan (1959-1964). Kemudian di Sekolah Menengah Seri Tanjong,Kuala Selangor (1965-1969).Seterusnya sambung pelajaran Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya dan Tingkatan 6 Sekolah Tengku Ampuan Rahimah , Klang (1971).Kemudian di Universiti Pertanian Malaysia(UPM) ,Serdang (1974-1978) dalam jurusan perniagaan pertanian.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Daud Tarihep menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa ,Jeram, Kuala Selangor (1972-1973), guru di Sekolah Kebangsaan Teluk Gadung, Klang.Beliau juga sempat menjadi guru tuisyen Sekolah Agama Jeram, Kuala Selangor (1972-1978).Seterusnya menjadi Pegawai Kerani di Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA) (1973-1974).Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Klang (Mac 1978 -Okt 1978).Kemudian sebagai Penolong Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri Selangor (Sept 1979-Ogos 1982). Pada Sept 1982 hingga Feb 1983 menjadi Ketua Penolong Setiausaha,kerajaan negeri Selangor(Bahagian Pentadbiran dan Protokol).Menjadi Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak (Mac 1983 -Dis 1986) Seterusnya menjadi Ketua Penolong Pengurus [[Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS)(Jan-Jun 1987). Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pertanian (Bahagian Ekonomi Pertanian)(Julai 1987-Dis 1990).Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Penerangan Malaysia (Mei 1991-Mac 1998).


Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1998 beliau bersara awal dan menyertai perniagaan sendiri dan menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor (2001-2004)dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kuala Selangor (2001-2006).Pada 2001, dalam pemilihan Bahagian UMNO beliau berjaya menewaskan Dato Hanafi Suliman dan Haji Jahaya Ibrahim.

Beliau menang pilihan raya pada 2004 dan menjadi ahli parlimen Kuala Selangor (1999-2004-2008).Beliau menewaskan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid dari Keadilan dengan majoriti 13,662 undi.

Daud Tarihep menjadi Yangf DiPertua Gagasan Suara Rakyat Selangor (Suara) dan Pengerusi Yayasan Sepakat Kuala Selangor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Former Kuala Selangor MP Daud Tarihep dies
  2. ^ Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep meninggal dunia
  3. ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia
  4. ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia
  5. ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Meninggal Dunia
  6. ^ "Former Kuala Selangor MP dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-05. Dicapai pada 2018-04-22.