Pergi ke kandungan

Mohd Elfie Nieshaem Juferi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Elfie Nieshaem Juferi
Mohd Elfie Nieshaem pada tahun 2025
Mohd Elfie Nieshaem pada tahun 2025
Nama asal
محمد الفي نشائم بن جفري‎
LahirMohd Elfie Nieshaem bin Juferi
(1980-02-06) 6 Februari 1980 (umur 46)
San Jose, California
Amerika Syarikat
PekerjaanPenulis, pemuisi, penerbit
BahasaBahasa Inggeris, Bahasa Melayu
WarganegaraMalaysia Malaysia
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
PendidikanAsia-Pacific Institute of Information Technology (APIIT)
GenreSastera (puisi dan prosa), perbandingan agama
Tahun aktif1995 (1995)–kini
Karya terkenalPaulus: Perosak Risalah Al-Masih (2025)
Dua Dasawarsa: Sebuah Kumpulan Puisi 2005–2025 (2025)
AnugerahHadiah Sastera Siswa Bank Rakyat (1997, 1998/1999)
PasanganMazuin binti Osman (k. 2010)
Anak1
Laman web
Di Bawah Permukaan

Mohd Elfie Nieshaem Juferi (Sebutan bahasa Melayu: [muˈham.mad ɛlˈfi niːˈʃaɛm ˈd͡ʒu.fri]}); lahir 6 Februari 1980 di San José, California, Amerika Syarikat) ialah seorang penulis, pemuisi dan penulis bukan fiksyen dari Malaysia.[1] Beliau dibesarkan di Pulau Pinang.[2]

Kehidupan dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Mohd Elfie Nieshaem Juferi mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sri Inai pada tahun 1987 sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi, Pulau Pinang, pada tahun 1993. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perkomputeran dan Teknologi Maklumat di Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT).[2][3][4]

Selain penulisan, beliau turut berkecimpung dalam bidang teknologi digital. Beliau terlibat dalam pembangunan web dan pemalam WordPress, serta bekerja dalam bidang pengoptimuman enjin carian (SEO) sejak tahun 2006.[4][5] Sebahagian kegiatan dan karya beliau turut didokumentasikan dalam arkib digital.[6][7]

Beliau mula aktif dalam bidang penulisan kreatif sejak tahun 1995 dan mula mendapat perhatian selepas menyertai Minggu Penulis Remaja 1996, program bimbingan sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Bank Rakyat.[8] Karya beliau pernah diterbitkan dalam majalah dan akhbar seperti Dewan Sastera, Dewan Siswa, Pelita Bahasa dan Karya terbitan Utusan Malaysia.[9][10] Beliau juga pernah memenangi Hadiah Sastera Siswa bagi kategori puisi pada tahun 1997[11][12] dan 1998/1999.[13]

Pada tahun 2025, beliau mengasaskan Langgam Fikir, sebuah penerbit bebas yang berpusat di Seri Kembangan, Selangor. Penerbit tersebut memberi tumpuan kepada karya sastera, sejarah, pemikiran, wacana agama dan buku umum.[14]

Beliau turut menyumbang tulisan dalam ruangan komentar dan surat pembaca portal berita Malaysiakini.[15] Selain penulisan kreatif, nama beliau turut muncul dalam beberapa kajian akademik berkaitan perbandingan agama dalam konteks hubungan agama Islam–Kristian di ruang maya Internet.[16][17][18] Beliau turut dibincangkan dalam kajian akademik berkaitan polemik siber dan wacana keagamaan atas talian.[19][20][21][22]

Pengiktirafan sastera

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Tajuk Penganjur
1994Pertandingan Penulisan Sajak (Tempat Ketiga)Puisi (Sekolah Menengah Rendah)Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (Unit Pendidikan Pencegahan Dadah)[23]
1997Hadiah Sastera Siswa Bank RakyatPuisi"Pejuang Bahasa"[12]Dewan Bahasa dan Pustaka / Bank Rakyat
1998/1999Hadiah Sastera Siswa Bank RakyatPuisi"Seorang Ayah Tua di Birai Jendela"[13]Dewan Bahasa dan Pustaka / Bank Rakyat
2026Pertandingan Penulisan Puisi (Johan)Puisi"Lebih Lapang daripada Tiba"[24]Lestari Khazanah Puisi

Hasil karya

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan puisi

[sunting | sunting sumber]
  • Dua Dasawarsa: Sebuah Kumpulan Puisi (2005–2025). Seri Kembangan: Langgam Fikir. 2025. ISBN 9786299613527. OCLC 1565434987. OL 44639142W.
Dalam majalah
[sunting | sunting sumber]
  • "Bicara Terakhir". Dewan Siswa. Jun 1995.
  • "Wadah Penuntut". Dewan Siswa. Oktober 1996.[25]
  • "Maut". Dewan Sastera. Januari 1997.
  • "Si Gadis Manis". Dewan Siswa. Julai 1997.[26]
  • "Pejuang Bahasa". Dewan Siswa. Ogos 1997.[27]
  • "Pejuang Bahasa". Dewan Sastera. Ogos 1997.
  • "Seorang Ayah Tua di Birai Jendela". Dewan Siswa. Januari 1998.[28]
  • "Sayembara Puisi". Karya. Mac 1998.
  • "A-B-C". Karya. April 1998.
  • "Perjuangan Bahasa". Pelita Bahasa. Mei 2001.
  • "Jiwa Bahasa". Dewan Bahasa. Mac 2026.
  • "Taman Aksara". Pelita Bahasa. Jun 2026.
  • "Bunga Raya". Dewan Tamadun Islam. Ogos 2026.
  • "Tubuh Bahasa". Pelita Bahasa. Oktober 2026.
Dalam suratkhabar
  • "Rahsia Malam". Bacaria. 30 November 1996.
  • "Balada Pengemis Tua di Tengah-tengah Kota Raya". Utusan Malaysia. 3 Januari 1997.
  • "Coretan Puisi Buat Mama". Berita Minggu. 12 Januari 1997.
  • "Pencemar Malam". Utusan Malaysia. 22 Ogos 1997.

Antologi

  • Hassan Alias; Adnan Abd Jamil, penyunting (1997). "Wadah Penuntut". Harapan di Joyrampur: Antologi Puisi Dan Cerpen Remaja (Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 60. ISBN 9836257691. OCLC 39946310.
  • Hassan Alias; Adnan Abd Jamil, penyunting (1998). "Pejuang Bahasa". Perjalanan Jarum Jam: Antologi Puisi Dan Cerpen Remaja (Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 21. ISBN 9789836261649. OCLC 41049348.
  • Abdul Ahmad, penyunting (1999). "Seorang Ayah Tua Di Birai Jendela". Klik! Klik!: Antologi Puisi Dan Cerpen Remaja (Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 98/99). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 21. ISBN 9789836265630. OCLC 43790262.
  • Hashim Ismail; Nurul Nabilah Zainal Abidin, penyunting (2026). "Amanah Bangsa". Atma Berdaulat: Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan. Kuala Lumpur: GAPENA. m/s. 22. ISBN 9789670087443.

Bukan fiksyen

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Idros Samsudin; Che Ros Rahim, penyunting (2001). Direktori Penulis Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 47. ISBN 9789836271174. OCLC 48559299. Entri: Mohd Elfie Nieshaem Juferi
  2. 1 2 Mohd Elfie Nieshaem Juferi (2025). Paulus: Perosak Risalah Al-Masih. Seri Kembangan: Langgam Fikir. m/s. 195. ISBN 9786299613503. OCLC 1531949453. OL 44349975W.
  3. ↑ "Mohd Elfie Nieshaem Juferi – Quora profile" [Mohd Elfie Nieshaem Juferi – profil Quora] (dalam bahasa Inggeris). United States: Quora. Dicapai pada 25 November 2025. Studied at Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT); Lives in Kuala Lumpur, Malaysia. (Belajar di Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT); Menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.)
  4. 1 2 Mohd Elfie Nieshaem Juferi (5 Jun 2026). "Resume Mohd Elfie Nieshaem Juferi 2026". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2026.
  5. ↑ "MENJ — WordPress.org profile (plugins)". WordPress.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Februari 2026.
  6. ↑ "Works". Biography: Mohd Elfie Nieshaem Juferi. Dicapai pada 23 Ogos 2026.
  7. ↑ "Video". Biography: Mohd Elfie Nieshaem Juferi. Dicapai pada 23 Ogos 2026.
  8. ↑ Mohd Elfie Nieshaem Juferi (2025). "Di Balik Pena". Dua Dasawarsa: Sebuah Kumpulan Puisi 2005-2025. Seri Kembangan: Langgam Fikir. m/s. 93. ISBN 9786296913521.
  9. ↑ "Senarai Karya oleh Mohd. Elfie Nieshaem Juferi". UKM Learning and Research Repository. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 14 November 2025.
  10. ↑ "Carian PRPM: Mohd Elfie Nieshaem Juferi". Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 14 November 2025.
  11. ↑ Shahriza Sidin; Zulzila Dzulkefli (Oktober 1998). "HSSBR Wacana Kreativiti Remaja". Dewan Siswa. m/s. 8–9. ISSN 0126-849X. OCLC 950513323.
  12. 1 2 Hassan Alias; Adnan Abd Jamil, penyunting (1998). "Laporan Panel Penilai (Bahagian Puisi)". Perjalanan Jarum Jam: Antologi Puisi Dan Cerpen Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 5. ISBN 9789836261649. OCLC 41049348.
  13. 1 2 Abdul Ahmad, penyunting (1999). "Laporan Panel Penilai (Bahagian Puisi)". Klik! Klik!: Antologi Puisi Dan Cerpen Remaja (Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 98/99). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 4. ISBN 9789836265630. OCLC 43790262.
  14. ↑ "About Langgam Fikir". Langgam Fikir (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2026.
  15. ↑ "Mohd Elfie Nieshaem Juferi". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Disember 2025.
  16. ↑ Gary R. Bunt (2009). iMuslims: Rewiring the House of Islam [iMuslim: memformat semula rumah Islam] (dalam bahasa Inggeris). University of North Carolina Press. m/s. 168. ISBN 9780807887714. OCLC 405095844. Writer Mohd Elfie Nieshaem Juferi, a student in IT and computing, described himself as "a Muslim Internet activist and student of Comparative Religions... dedicated to combating misinformation about Islam." (Penulis Mohd Elfie Nieshaem Juferi, seorang pelajar dalam bidang IT dan pengkomputeran, menyifatkan dirinya sebagai "seorang aktivis Internet Muslim dan pelajar Perbandingan Agama... yang berdedikasi memerangi maklumat salah tentang Islam.")
  17. ↑ Thang Deih Lian Davidlianno (2018). iWatch: The Christian Challenge to Make a Difference [iWatch: Cabaran Kristian untuk membuat perubahan] (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 12. ISBN 9781387715220. A Muslim watchman Mohd Elfie Nieshaem Juferi wrote an article at "the Muslim Responses to Christianity and Anti-Islam Polemics" website... (Seorang pemantau Muslim, Mohd Elfie Nieshaem Juferi, menulis sebuah artikel di laman sesawang "Jawapan balas Muslim terhadap Kristian dan polemik anti-Islam"...)
  18. ↑ "Mohd Elfie Nieshaem Juferi". scholar.google.com. Dicapai pada 4 January 2026.
  19. ↑ Gary R. Bunt (2009). iMuslims: Rewiring the House of Islam [iMuslim: memformat semula rumah Islam] (dalam bahasa Inggeris). University of North Carolina Press. m/s. 168–169. ISBN 9780807859667.
  20. ↑ Greifenhagen, F. V. (2011). "Scripture Wars: Contemporary Polemical Discourses of Bible Versus Quran on the Internet" [Perang kitab suci: wacana polemik kontemporari Bible berbanding al-Quran di Internet]. Comparative Islamic Studies (dalam bahasa Inggeris). 6 (1–2): 23–65. doi:10.1558/cis.v6i1-2.23.
  21. ↑ "Mohd Elfie Nieshaem Bin Juferi Announces Officially Verified Facebook Page, Issues Urgent Warning Against Online Impersonation and Fraudulent Activities" [Pengumuman Halaman Facebook Rasmi Disahkan, Amaran Segera Terhadap Penyamaran dan Aktiviti Penipuan Dalam Talian]. King Newswire (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2023. Dicapai pada 8 Disember 2025.
  22. ↑ Azaman, Afiezy (25 April 2024). "Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 1 Januari 2026.
  23. ↑ Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (Unit Pendidikan Pencegahan Dadah), "Sijil Penyertaan Pertandingan Penulisan Sajak (Kategori Sekolah Menengah Rendah)", menj.bio, dicapai pada 15 Ogos 2026
  24. ↑ "Sijil Johan Pertandingan Penulisan Puisi Lestari Khazanah Puisi 2026". Scribd. 4 Jun 2026. Dicapai pada 6 Jun 2026.
  25. ↑ Mohd Elfie Nieshaem Juferi (1996). "Wadah Penuntut". Dewan Siswa (10). Dewan Bahasa dan Pustaka: 50. Siri LA1236.D45 1996.
  26. ↑ Mohd Elfie Nieshaem Juferi (1997). "Si Gadis Manis". Dewan Siswa (7). Dewan Bahasa dan Pustaka: 50. Siri LA1236.D45 1997.
  27. ↑ Mohd Elfie Nieshaem Juferi (1997). "Pejuang Bahasa". Dewan Siswa (8). Dewan Bahasa dan Pustaka: 51. Siri LA1236.D45 1997.
  28. ↑ Mohd Elfie Nieshaem Juferi (1998). "Seorang Ayah Tua Di Birai Jendela". Dewan Siswa (1). Dewan Bahasa dan Pustaka: 58. Siri LA1236.D45 1998.
  29. ↑ "Paulus: Perosak Risalah Al-Masih". Ilham Books. Dicapai pada 1 Disember 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]