Pada 26 Julai2009, beliau diumum menjadi wakil rakyat baru selepas terpilih di dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob. Lahir kira-kira 50 tahun yang lalu, beliau merupakan anak ke-6 kepada pasangan Abdullah dan Limah bt Dollah. Lahirnya di Bukit Marak, Kelantan, dan kemudian berhijrah ke Kuala Krai, lalu menetap di Pekan Guchil.
Di Pekan Guchil itulah, beliau dibesarkan bersama ibu dan bapanya yang kemudiannya memikul tanggungjawab dengan gigih mendidik 4 orang lagi adik-adiknya sehingga berjaya ke puncak pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmud dan kini dikurniakan 5 orang anak. Berbekalkan kesedaran tinggi mendidik anak-anak, anak sulungnya kini telah berjaya ke universiti sementara anak-anaknya yang lain masih di bangku sekolah.
Pengalaman beliau lama dalam parti ialah sejak remaja lagi. Maka beliau diberi kepercayaan sebagai ketua cawangan Bandar Krai. Beliau juga mendapat kepercayaan kerajaan negeri dilantik sebagai Penyelia DUN Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai.
Beliau turut mendapat kepercayaan menduduki jawatan Bendahari PASKuala Krai.
Perlis Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli Ketua Ulamak: Idris Yaacob
Ketua Pemuda: Asrul Aimran Abd Jalil
Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh
Pulau Pinang Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar
Ketua Pemuda: Muhammad Fawwaz Mohamad Jan
Ketua Muslimat: Maziah Khamis