Mohd Hafarizam Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Wira

Mohd Hafarizam Harun

DCSM (Melaka)
Pengerusi
Lembaga Disiplin
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Memegang jawatan
1 Oktober 2022
Didahului olehZulhasnan Rafique
Butiran peribadi
LahirMohd. Hafarizam bin Harun
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
ProfesionPeguam

Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun adalah penasihat undang-undang UMNO. Pada tahun 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

  1. Pada 2012 akhbar Suara Keadilan milik PKR telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel. Hafarizam mewakili Felda . Akhirnya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf.Sebenarnya Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd pada Mac 2010 eksport minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel. Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.[1]
  2. Selaku peguam yang mewakili ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah , beliau diminta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 29 April 2011.[2]
  3. Cadangan agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ditempelak oleh Hafarizam.Baginya wanita tidak sesuai menjadi menteri besar kerana mereka mengalami uzur syarie (haid) .Kenyataan beliau dalam New Straits Times (NST) mendapat kecaman orang ramai. Wan Azizah tidak dapat selalu mengiringi sultan dalam acara keagamaan. Sebenarnya tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita ke jawatan itu.[3]
  4. Rafizi Ramli mendakwa Hafarizam menjadi pengarah dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Construction Sdn Bhd, pemilik saham dalam konsesi Lebih raya Kidex Sdn Bhd yang akan menghubungkan Kinrara -Damansara. Ramai penduduk membantah pembinaan lebuh raya 14.9 km itu berhubung pampasan tanah.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]