Mohd Hafez Sabri
Yang Berhormat Tuan Mohd Hafez Sabri | |
---|---|
محمّد حفيظ صبري | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Manjoi | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Asmuni Awi (PH–AMANAH) |
Majoriti | 6,768 (2022) |
Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia | |
Menyandang jawatan 19 Oktober 2023 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Ketua Pemuda | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
Didahului oleh | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia Negeri Perak | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Pesuruhjaya Negeri | Razman Zakaria |
Didahului oleh | Ahmad Faisal Mohd Puait |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Hafez bin Sabri ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) ![]() |
Anak | 3 |
Pendidikan | Kolej Islam Sultan Alam Shah |
Tempat belajar | Universiti Malaya (BA) Universiti Sains Malaysia (MA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pensyarah |
Mohd Hafez bin Sabri merupakan seorang ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Manjoi.[1] Beliau merupakan ahli dan Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini gabungan Gagasan Sejahtera (GS). Di peringkat akar umbi, beliau juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak.[2]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Kenyataan 'Gelombang Hijau'
[sunting | sunting sumber]Pada 7 Julai 2023, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang agar tidak membenarkan "gelombang hijau" menular di negeri itu. Beliau berkata bahawa "gelombang hijau" akan menyebabkan kemusnahan kuil-kuil Buddha dan sekatan terhadap amalan-amalan tertentu bagi bukan Islam.[3]
Beliau telah dituduh oleh pemimpin pembangkang menakut-nakutkan pengundi Pulau Pinang terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan sengaja membangkitkan isu 3R (Raja, kaum, agama).[4] Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu mengecam sekeras-kerasnya provokasi melampau dan hasutan kebencian luar biasa oleh Lim.[5] Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohd Hafez Sabri, menggesa pihak polis menyiasat kenyataan Lim tersebut.[6]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N23 Manjoi | Mohd Hafez Sabri (PAS) | 10,830 | 22.85% | Asmuni Awi (AMANAH) | 20,052 | 42.30% | 48,194 | 3,532 | 83.40% | ||
Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (UMNO) | 16,520 | 34.85% | ||||||||||
2022 | Mohd Hafez Sabri (PAS) | 29,852 | 44.14% | Asmuni Awi (AMANAH) | 23,084 | 34.13% | 69,509 | 6,768 | 79.49% | |||
Azizul Kama Abd Aziz (UMNO) | 14,699 | 21.73% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "PRU15 Manjoi". dashboard.spr.gov.my.
- ^ "Calon PRU Mohd Hafez Sabri". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "'Temples will be destroyed, so stop the Mongols': Guan Eng warns Penangites against 'green wave'". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-08.
- ^ Loon, Yee (2023-07-10). "Opposition accused DAP Chairman Lim Guan Eng of fearmongering voters against 'green wave'". The Online Citizen Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-09.
- ^ "Pas hits back at Guan Eng over 'green wave will destroy temples' remark". New Straits Times. 2023-07-09.
- ^ Bunyan, John (2023-07-10). "Perak PAS rep accuses Guan Eng of inciting disharmony, demands police action over 'green wave' remarks". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.