Mohd Izwan Musai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mohd Izwan Musai
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006
Kegiatan berkaitan
Kumpulan Nice

Mohd Izwan bin Mohd Musai lahir pada (1987-06-19) 19 Jun 1987 (umur 32). Berasal daripada Shah Alam, Selangor. Merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan Nice. Sejarah permulaan beliau, Izwan merupakan ahli Mirwana generasi-12 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang tahun 2000 - 2004.

Pendidikan beliau tidak terhenti disitu, beliau pernah menyertai kursus Bahasa Inggeris selama 3bulan di Kolej Yayasan Melaka(KYM). Langkah seterusnya bersambung ke Pusat Asasi Sains versiti Malaya (PASUM) 2005-2006. Izwan juga telah menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bacelor Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat) 2006 - 2010.

Beliau telah bekerja di sektor kerajaan Putrajaya, Bahagian Pendaftaran Negara pada 2010. Seterusnya beralih ke sektor kerajaan sebagai Account Executive di Telekom Malaysia Berhad (TM) selama hampir 7 tahun 2011-2017. Kini kariernya telah beralih kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan menerajui syarikat Nawzi International Sdn. Bhd. yang membawa produk bernilaikan inovasi terkini cucian kotoran degil dengan tagline Sembur-Sembur, Bersih.

SUPERMOM membantu lebih 100,000 orang bermula dari penjenamaannya pada April 2016. Hasil Jualan mencecah RM1Juta pada September 2017 berbanding hanya RM200 Ribu jualan tahunan bagi tahun 2016. Bervisikan 1R1S (1 Rumah 1 Supermom), perniagaan ini membantu orang ramai menjana pendapatan dari rumah dan seterusnya menyampaikan nilai-nilai kebaikan dan kebersihan kepada seluruh negara. Terkini, SUPERMOM telah berada di pasaran Brunei di lebih 150 kedai.

Selain itu, kini beliau bergelar komposer/pencipta lirik/susunan muzik yang menerbitkan beberapa buah lagu untuk pertandingan badan-badan kerajaan, swasta dan secara komersial bersama Mirwana. Terkini, 2 lagu beliau terpilih dalam pembikinan album khas Mirwanation. Nantikan kemunculannya.

Published Song/Lyrics :

  1. Assalam - Album NICE- Istimewa Tiada Dua 2008

2. Kisah Kita, Dedikasi kepada Siti Marziah - 2011

3. Ya Ma'ahadi (New Version) SMKA Maahad Hamidiah Kajang - 2014

4. Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Daerah Hulu Langat - 2014

5. Panji Khalifah - 2017

6. Supermom Magic / Supermom Mudah - 2017 (Kredit kepada Aliff Azhari aka Zhizen Azarie)

Rujukan[sunting | sunting sumber]