Zain Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zain Hamid
Nama lahirMuhammad Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid
Juga dikenali sebagai
Zain Ruffedge (ketika bersama Ruffedge), Zain Hamid
Kelahiran (1978-04-19) 19 April 1978 (umur 45)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif1998–kini
Pengkarya berkait
Ruffedge

Muhammad Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid (lahir 19 April 1978) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Ruffedge[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 19 April 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Merupakan anak sulung dari tiga beradik lelaki dan pernah menghasilkan tiga buah album serta dua album bungkusan semula (re-pack) sewaktu bersama Ruffedge.

Zain mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Khazmira Anuar pada 8 Ogos 2008, dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Arianna Rania pada 5 Mei 2009.[2] Namun jodoh mereka telah berakhir pada November 2014.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ruffedge[sunting | sunting sumber]

Untuk perincian mengenai topik ini, sila lihat Ruffedge.

Zain (dua dari kanan) ketika bersama Ruffedge.

Zain merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasuk Azan Addin, Cat Farish dan Mode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulan Too Phat, "Too Phat Baby" yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat, Whuttadilly?! (1999) serta lagu "Tell Shorty" (turut menampilkan kumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu, 360° (2003).

Pada 2002, mereka bersama kumpulan VE melancarkan album Extreme Pleasure yang diterbitkan oleh The Promise Clan dan Positive Tone dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia, Ruffedge diperkenalkan menerusi single sulung mereka "Tiada Lagi Cinta" menampilkan kumpulan hip hop Singapura, Urban Xchange. Pada 2003, album Extreme Pleasure Extra dikeluarkan dengan penambahan beberapa lagu baru termasuk "Saat Bahagia" dan "Khayalan" (dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone). Amer Munawer menyertai Ruffedge pada tahun yang sama.

Selepas pemisahan antara VE dan Ruffedge, Ruffedge membawa haluan sendiri dengan melancarkan album pertama mereka Defined pada Mac 2004. Zain pernah tampil dalam lagu nyanyian kumpulan Pop Shuvit yang bertajuk "Journey"

Bidang lakonan dan pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Mula mencuba bakat dalam bidang lakonan sewaktu masih menganggotai Ruffedge iaitu filem SH3, Castello dan Tipah Tertipu The Movie.

Selepas kumpulannya tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, Zain telah menceburi bidang lakonan sepenuh masa. Beliau bekerjasama dengan Bade Hj. Azmi dalam drama Kejar arahan Bade Hj. Azmi yang turut dibintangi oleh Ezany, Nasir Bilal Khan, Mustapha Kamal, Noniswara, Betty Banafe dan Faradhiya.

Di dalam drama kejar, Zain melakonkan watak Ali iaitu seorang yang tidak mempunyai keluarga, yang kelihatan seperti seorang yang jahat tetapi dia sebenarnya seorang yang baik. Ini kerana Ali mengalami konflik keluarga dan diganggu oleh orang jahat. Drama 26 episod itu disiarkan pada Mei 2009 di RTM 1. Ini merupakan kali kedua Zain berlakon di bawah arahan Bade selepas filem Castello.

Zain juga merupakan pengacara bagi rancangan Wakenabeb! musim ketiga yang disiarkan di ntv7 pada tahun 2008.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Ruffedge

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 SH3 Dirinya sendiri (Ruffedge) Filem pertama
2006 Castello Castello (Muda)
Tipah Tertipu The Movie Zain
2012 Ngorat Rizal
2013 Pecah Bakar (70an)
KL Zombi Aliff
Aku Pilih Kamu Iskandar
2014 Qadr
2015 Love, Supermoon Sulaiman
2018 Busker Ramli
2019 Till Death: Azalea's Wrath Inspektor Bakri Ditayangkan eksklusif di Netflix
2020 Keluarga Iskandar The Movie Azlan Iskandar
Bikin Filem Suffian Kassim
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Peguam
2024 Harimau Malaya: The Untold Story Datuk Khal

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Kejar Ali TV1
Kecuali Cintamu Badrul Effendi Astro Prima
Hotel Mania Amar TV3
2010 Tiramisu Fariz
Laila Asyikin Zamani
2011 Cinta Antara Kita Jufri
Santau Merasuk Ustaz Mat
Terowong Manan Episod: "Surat"
2012 Dendam Sarakit Rafiq
Terlanjur Cinta TV9
Memberku Hawa Von
2013 Artis Pun Bertuhan Fauzi
2012–2015 Keluarga Iskandar Azlan Iskandar Astro Prima, Astro Warna
2014 Kifarah 2 Jamal TV3 Episod: "Zuriat"
Ride Dirinya sendiri TV9
2015 Cinta Iris Ray
Waris Kasih Zahrul TV3
Qarin Muslim
2016 Cinta 100kg Saufi TV3
Pujaan Hati Umi Razman TV9
SpyLah Sangat Agen Jack Yusof
Rumi & Jawi Astro Prima
PU Wid Hat Astro Oasis
2017 Biniku Ninja Tuan Syed Khalis Astro Oasis
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Shariff TV3
My Darling, Inspektor Daniel Tengku Zack Astro Ria
My Coffee Prince Syukri
2018 Bimbi & Bonni Misi 007 Mikail Astro Warna
Kelas 3 Cempaka Cikgu Asahara TV1
2019 Wizards of Warna Walk Uncle Andy Disney Channel Asia
2019–2021 Black Karim Viu
2020 The Gadis Dato Jeffri TV3
Pelindung Seorang Puteri Fido/Firdaus Astro Ria
2021 Keluarga Baha Don (Musim 3) Cangkuk Viu
SMK (Musim 3) Ayah Alya (Azam Jalaludin) Astro Ceria Pelakon undangan di episod 1
Isolasi Awesome TV
2022 Antara Ikhlas & Kaca Zahar Awesome TV
SMK (Musim 4) Ayah Alya (Azam Jalaludin) Astro Ceria Penampilan khas di episod 7
One Cent Thief Redza Astro Ria
Seribu Nina Viu
AI.5YA
2023 Jack Yusof Pembantu Pengarah Astro Ria
TBA One Cent Thief (Musim 2) Redza

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Dan Sebenarnya Zahar
2013 Bayangan Rindu Lutfi
2015 Beli Adik Hazimin
Sia Sia Cinta Fakhri
2016 Arca Cinta Kasih Engku Mahmud
PA Encik Monster Putra
Kerana Lemang Amin
2017 Hisyam dan 3 Hantutiyers Kevin
2018 Vivi Si Perigi Haziq NTV7
Enam Pegawai Sekuriti Astro Mustika HD
Puteri Amid NTV7
2019 Lesen Besar Omar Astro Citra
2020 Kambing Golek Ramadhan Aris TV2
Ratahan Al- Madrid Anas Astro Citra
2022 Derhaka Seorang Ibu Idram Awesome TV
Kasih Yang Ternoda Yusof
Puteri Kuasa Tiga Astro Ceria
2023 Seindah Kasih The Movie tonton

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Wakenabeb Pengacara NTV7
2016 Jenaka Kampung Kalut TV3
2019 Kami Geng Bola Astro Prima
2020 The Masked Singer Malaysia (musim 1) Peserta sebagai Musang King Astro Warna
MeleTOP Astro Ria
2021 Berbulu Dengan Burn Astro Arena
Kasi Setel Itu Lirik! Awesome TV
All Together Now Malaysia Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zain tumpu dunia lakonan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.
  2. ^ Zain Ruffedge menghitung hari bergelar bapa[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]